in ,

Filem JEJAK WARRIORS Tema Persaudaraan Dalam Bola Sepak Di TV2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi dengan penonton setia salurannya menyiarkan filem bertemakan persaudaraan dalam bola sepak bertajuk “Jejak Warriors” arahan pengarah tersohor Saw Teong Him.

Bakal disiarkan mengisi slot Layar Asia di TV2 pada 14 Oktober ini, pukul 10.30 malam, antara kelainan yang dibawa oleh filem Jejak Warriors adalah membariskan pemain bola sepak sebenar sebagai pelakon. Antara pemain Kelantan yang membintangi filem ini adalah Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Wan Zaharulnizam.

Filem JEJAK WARRIORS

Filem JEJAK WARRIORS Tema Persaudaraan Dalam Bola Sepak di TV2

Penyerang lagenda Kelantan era 90-an, Hashim Mustapha turut membuat penampilan istimewa. Turut menyertainya adalah pemain-pemain JDT. Antaranya Daudsu Jamaluddin dan Nurul Azwan Roya.

Ia juga turut menampilkan gandingan pelakon utama Mohd Aliff Firdaus, Pekin Ibrahim, Nadiya Nissa, Harun Salim Bachik, Amir Raja Lawak, Syuk, Radhi Khalid, Bell Ngasri, Sabri Yunus, Ogy Ahmad Daud.

Menariknya filem ini berlatarkan sebuah kisah pengembaraan mengenai seorang remaja bernama Wan Raja untuk berjumpa dengan pasukan bolasepak pujaan beliau iaitu The Red Warriors. Bapa Wan Raja adalah seorang penyokong nombor satu The Red Warriors sehinggalah satu kemalangan berlaku dan ini telah menukar kehidupan keluarganya untuk selamanya.

Dengan kematian mengejut ibu Wan Raja, beliau menyedari cita-cita bapanya untuk mendapatkan tandatangan pemain The Red Warriors belum tercapai.

Sewaktu perjalanan Wan Raja dari Johor Bahru ke Kota Bahru beliau telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran namun untuk berputus asa bukan pilihan bagi beliau bagi mencapai cita-citanya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekarang Dah Ada Cara Mudah Nak Hantar OLEOLE

ERA fm Masih Kekal Radio No.1 Malaysia Dengan 6.3 Juta Pendengar