in , ,

Nikmati Program Korea Terhangat Di Astro Pada Mac Ini 

Military Prosecutor Doberman, A Superior Day, When My Love Blooms dan lebih lagi

Nikmati K-drama dan program Korea di Astro pada Mac ini 

Sepanjang bulan Mac ini, semua peminat siri dan program Korea boleh menikmati tayangan perdana K-drama dan program menarik Korea, ditayangkan di TV melalui tvN (Saluran 395 HD), ONE (Saluran 393 HD) dan K-Plus (Astro GO Saluran 396). 

Para pelanggan juga boleh strim pada bila-bila masa menerusi Astro GO dan On Demand.

The Sixth Sense 3

Peminat boleh menikmati K-drama dan program Korea yang ditayangkan 24 jam selepas Korea termasuk: 

‘Military Prosecutor Doberman’, siri undang-undang Korea, menampilkan Ahn Bo- hyun, Jo Bo-ah dan ramai lagi, pada 1 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD). 

A Superior Day

 ‘A Superior Day’, drama jenayah Korea, dibintangi oleh Jin Goo, Ha Do-kwon and Lee Won-geun, pada 14 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD).

‘Kill Heel’, drama siri Korea, menampilkan Kim Ha-neul, Lee Hye-young Kim Sung-ryung dan ramai lagi, pada 10 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD). 

Kill Heel

Peminat K-pop boleh berhibur dengan K-drama dan program Korea menarik yang ditayangkan pada minggu sama dengan Korea, seperti: 

‘When My Love Blooms’, drama romantik Korea, menampilkan K-idol popular Young (GOT7), Yoo Ji-Tae, Lee Bo-Young, dan Jeon So-Nee, pada 29 Mac, 9.15 malam di K-Plus (Astro GO Saluran 396). 

‘The Sixth Sense 3’, program realiti Korea, dibintangi oleh Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jessi, Mi-joo, dan Lee Sang-yeob, pada 23 Mac, 10.30 malam di tvN (Saluran 395 HD). 

 ‘Shooting Stars’, program permainan Korea, menampilkan Lee Soo Geun, Bae Seong Jae dan ramai lagi, pada 9 Mac, 11 malam di ONE (Saluran 393 HD). 

Military Prosecutor Doberman

Military Prosecutor Doberman [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]
1 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD) |
Strim pada bila- bila masa di On Demand dan Astro GO 

Dibintangi oleh Ahn Bo-hyun dan Jo Bo-ah, ia mengisahkan tentang dua pendakwa tentera bersama matlamat dan nilai yang berbeza. Mereka bersama-sama memerangi rasuah dan seterusnya menjadi pendakwa tentera sebenar.

A Superior Day [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]
14 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD)
| Strim pada bila- bila masa di On Demand dan Astro GO 

Berdasarkan siri webtoon, ia mengisahkan tentang seorang lelaki biasa yang mengetahui anak perempuannya diculik, dan dia mesti membunuh penculik bersiri dalam tempoh 24 jam seperti yang diminta oleh penculik.

Kill Heel [24 jam selepas Korea] [Tayangan Perdana]
10 Mac, 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD)
| Strim pada bila- bila masa di On Demand dan Astro GO 

Kill Heel mengisahkan tentang tiga wanita bercita-cita tinggi dan cuba untuk mengatasi pesaing mereka dengan latar belakang industri beli-belah di rumah.

When My Love Blooms [Minggu Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]
29 Mac, 9.15 malam di K-Plus (Astro GO Saluran 396) 

Seorang lelaki dan wanita yang jatuh cinta semasa zaman kolej bertemu semula 20 tahun kemudian, selepas segala-galanya berubah. Han Jae-hyun dan Yoon Ji-soo adalah cinta pertama masing-masing di kolej, tetapi hubungan mereka tidak kekal. Kini dalam usia 40-an, Jae-hyun telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya yang mengejar kekayaan dan kemasyhuran, manakala Ji-soo adalah ibu tunggal yang bekerja secara kontrak untuk menampung kehidupan. Mereka berdua mendapat peluang kedua untuk bercinta, apabila takdir membawa mereka kembali ke dalam kehidupan masing-masing. 

The Sixth Sense 3 [Tayangan Perdana]
23 Mac, 10.30 malam di tvN (Saluran 395 HD) |
Strim pada bila-bila masa di On Demand dan Astro GO 

Yoo Jae-suk dan rakan selebritinya kembali untuk musim ke-3! Mereka akan melawat tempat atau individu yang berbeza, dan menggunakan ‘deria keenam’ mereka untuk menganalisis dan mengetahui yang mana satu direka mengikut tujuannya.

Shooting Stars

Shooting Stars [Tayangan Perdana]
9 Mac, 11 malam di ONE (Saluran 393 HD)
| Strim pada bila- bila masa di On Demand dan Astro GO 

Dihoskan oleh Lee Soo Geun dan Bae Seong Jae, selebriti wanita dan personaliti TV membentuk pasukan bola sepak amatur untuk bertarung di padang bola sepak. Pasukan dikumpul berdasarkan latar belakang mereka seperti pelakon, model dan personaliti TV antarabangsa. Mereka dilatih oleh empat bekas pemain dari Pasukan Bola Sepak Kebangsaan dalam Piala Dunia FIFA 2002, yang menyertai perlawanan sebagai ketua jurulatih. Seperti kata pepatah “bola itu bulat”, ketahui pasukan selebriti wanita yang mana bakal memenangi pertarungan bola sepak mini ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Popular dengan Lagu PULANG, Insomniacks Kembali dengan SEMPURNA

21st Century Pop Icons BTS is Free Fire’s Latest Global Brand Ambassador