in , ,

Nadeera Dapat Rakam Lagu dari Justin Bieber, Hadiah dari Rocketfuel

Rocketfuel Entertainment Hadiahkan Lagu Baharu Untuk Juara Big Stage Musim Ke-5 Tulisan Komposer Lagu Justin Bieber

Pertandingan Big Stage musim ke-5 (BS5) yang baharu sahaja melabuhkan tirainya telah menyaksikan peserta bernama Nadeera Zaini, 30, dinobatkan sebagai juara. Dalam memacukan perjalanan seninya yang baharu sahaja bermula, label hiburan terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment menghadiahkan lagu baharu khas buat Nadeera sebagai penghargaan terhadap kemenangannya 

Menurut Pn. Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, “Sesungguhnya pihak Astro amat berbangga dengan kejayaan yang diraih oleh Nadeera. Sepanjang sepuluh minggu berentap, ramai telah menyaksikan kesungguhan serta kemampuan penyanyi ini yang sememangnya layak bergelar juara. 

Nadeera Dapat Rakam Lagu dari Justin Bieber, Hadiah dari Rocketfuel Entertainment

“Ternyata Big Stage merupakan tempat lahirnya bintang-bintang industri muzik baharu yang berkemampuan untuk mencapai kejayaan pada tahap internasional. Oleh itu, pihak Rocketfuel berbesar hati menghadiahkan sebuah lagu ciptaan komposer tersohor dari Korea Selatan, Hyuk Shin yang merupakan pencipta lagu ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian penyanyi antarabangsa terkemuka, Justin Bieber. Kami berharap Nadeera mampu mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dengan lagu yang bakal dirakamkan nanti.” 

– Pn. Azlin Reza Azmi

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd sememangnya menghargai bakat-bakat baharu yang lahir dari pertandingan realiti terutamanya terbitan Astro, dan sebagai tanda sokongannya terhadap industri muzik Malaysia, pendekatan sebegini selalunya diambil agar artis tersebut dapat berkembang lebih maju pada masa hadapan. 

En. Prem Anand, Ketua Rocketfuel Entertainment, “Rocketfuel sememangnya memberikan sokongan dan galakan 100% untuk penggerak muzik pelapis baharu industri hiburan Malaysia agar mereka dapat pergi jauh lagi dalam kerjaya masing-masing, sekaligus menjadikan program Big Stage sebagai platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan agar program ini lebih maju ke hadapan dengan konten-konten yang bermutu dan berkualiti. 

Mengenai Hyuk Shin 

Dilahirkan pada 5 Jun 1985, produser muzik dan penyanyi-penggubah lagu asal Korea Selatan, Hyuk Shin telah menubuhkan team A-Rex yang bertanggungjawab menciptakan lagu popular ‘One Less Lonely Girl’ nyanyian Justin Bieber pada tahun 2009 yang meledak. Beliau telah bekerja dengan ramai penyanyi antarabangsa K-pop yang terkenal sepert GFriend, EXO, Shinee, DEAN, Oh My Girl, Girls’ Generation, Monsta X, NCT, GOT7 dan SF9. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia Tunda Tarikh & Lokasi Baharu

Zhou Xun & Liu Yijun Bikin kerjasama ikonik dalam IMPERFECT VICTIM