in

MIMPI INDAH Taruhan Terbaharu Amira Othman

Mengambil masa hampir setahun, penyanyi Amira Othman akhirnya muncul dengan single terbaharu berjudul Mimpi Indah.

Lagu ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Edry Abdul Halim, Mimpi Indah mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dua single terdahulu iaitu Hati-Hati dan Jaga-Jaga.

Amira Othman

“Genre lebih kurang sama sebab kami nak kekalkan konsep Hati-Hati dan Jaga-Jaga.

“Namun bagi Mimpi Indah kami perlahankan tempo sikit ala-ala lagu lullaby dan sebab itu juga saya memilih judul Mimpi Indah,” ujar Amira.

Dalam pada itu, menurut Amira, Mimpi Indah mempunyai kekuatan dari segi lirik dan sesuai untuk individu yang sedang melalui alam percintaan jarak jauh.

Katanya, ia juga dapat menggambarkan perasaan seseorang yang merindui kekasihnya sewaktu tiada di sisi.

“Liriknya agak mendalam dan saya jangka dapat menggambarkan perasaan seseorang yang sedang dilamun cinta.

“Namun pasangan tersebut tidak dapat bersama dengannya. Dia berharap kebahagian mereka tetap menjadi realiti dan bukan sekadar dalam mimpi,” ujarnya.

Sementara itu, Amira mengakui teruja untuk melihat reaksi peminat terhadap lagu baharunya itu.

Ujarnya, peminat-peminat pasti meletakkan harapan tinggi terhadap lagu tersebut seperti mana kejayaan dua lagu sebelum ini.

“Saya seorang yang cerewet memilih melodi dan perkara itu membuatkan saya mengambil masa lama untuk mencari lagu yang sesuai.

“Pada saya sesebuah lagu yang bagus dapat menaikkan nama seseorang penyanyi. Saya pentingkan kualiti berbanding kuantiti,” katanya.

Lagu dan muzik video Mimpi Indah dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Januari depan edaran Seventeen Eleven Music Sdn. Bhd.

Terdahulu, muzik video Hati-Hati kini sudah mencecah lebih 10 juta tontonan, manakala Jaga-Jaga mencecah 8 juta tontonan di YouTube

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HILANG Lagu Ciptaan Pertama Irfan Haris

Nabila Razali Nyanyi Lagu Runut FILEM LEE CHONG WEI