in ,

Nabila Razali Nyanyi Lagu Runut FILEM LEE CHONG WEI

SEBULAN SEBELUM TAYANGAN PERDANA SEDUNIA FILEM LEE CHONG WEI
PENYANYI LAGU FILEM DIUMUM DAN TRAILER KEDUA DILANCAR
TIKET KATEGORI EMAS RM168 HABIS DIJUAL

Orang ramai berpeluang menonton filem LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit, antara daya tarikan acara tayangan perdana sedunia filem yang memaparkan kisah perjuangan pemain badminton nombor satu negara itu.

Pic of producer with actor and actress

Acara berkenaan akan diadakan pada jam 6:30 petang pada 9 Mac 2018 bertempat di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

Penganjur acara, CB PICTURES dan SKY EVENTS dengan kerjasama MAHU PICTURES telah mengadakan majlis sidang akhbar bersama-sama para media dan penaja untuk memberi gambaran terperinci mengenai acara tersebut di pusat membeli-belah Quill City Mall Kuala Lumpur baru-baru ini. Para penaja acara turut diperkenalkan kepada pihak media di majlis tersebut.

Antara para jemputan yang hadir untuk memeriahkan majlis tersebut ialah Datuk Rosyam Nor yang melakonkan watak Datuk Misbun Sidek dalam filem, Jake Eng (Chong Wei remaja), Tosh Chan (Chong Wei dewasa), Ashley Hua (Datin Wong Meow Choo) dan Agnes Lim (Lee Mei Ching).

Datuk Rosyam dan para pelakon filem adalah antara para hadirin pada 9 Mac yang akan mewarnai acara permaidani merah sepanjang 100 meter di dalam Stadium Nasional Penyanyi popular, Nabila Razali dan penyanyi sosial media, Priscilla Abby telah diumumkan sebagai para-penyanyi untuk lagu tema filem. Mereka bakal mendendangkan lagu tema filem dalam Bahasa Melayu dan Inggeris buat kali pertama secara langsung pada acara tayangan perdana dunia nanti.

Lagu yang akan dinyanyikan oleh Nabila Razali bertajuk Cahaya Juara. Treler kedua filem LEE CHONG WEI yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan dan penyokong Chong Wei turut dilancarkan secara rasmi menerusi layar LED kepada hadirin yang hadir pada hari itu.

Tiket berharga RM168 (EMAS) untuk 9 Mac telah habis dijual, sementara tiket-tiket lain yang berharga RM88 (DUNIA), RM108 (GANGSA) dan RM128 (PERAK) masih boleh dibeli. Jualan tiket secara tunai dan kad kredit juga boleh dibeli di Kaunter Tiket di perkaragan AXIATA ARENA, KL Sports City, Bukit Jalil setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Selain itu, tiket-tiket juga boleh dibeli menerusi laman www.LEECHONGWEImovie.com. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +603-5879 9967.

Setiap pembelian tiket membolehkan penonton menerima secara percuma sehelai kemeja-T filem LEE CHONG WEI bernilai RM59, sekeping tiket filem LEE CHONG WEI di semua pawagam GSC, sekeping poster edisi terhad filem LEE CHONG WEI yang ditandatangani oleh Datuk Wira Lee Chong Wei dan para pelakon serta satu beg tenunan filem. Semua ini akan diedarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari tayangan perdana 9 Mac.

Selain itu, pembeli tiket juga berpeluang memenangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit, telefon pintar SAMSUNG (5 unit), buku filem (30 unit) dan pelbagai lagi hadiah menarik disediakan.

Acara Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI dijangka dihadiri sekurang-kurangnya 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records, di mana ia akan ditayangkan menerusi layar gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter.

Banyak aktiviti akan berlangsung sebelum tayangan seperti acara Permaidani Merah oleh selebriti jemputan, persembahan oleh Nabila Razali dan Priscillia Abby serta carnival penaja dan food truck dari pukul 4 petang. Selain itu, skuad badminton negara yang menjuarai Piala Thomas 1992 juga akan turut menghadiri acara penuh bermakna ini.

Acara Tayangan Perdana Sedunia filem LEE CHONG WEI dipersembahkan oleh 100PLUS dan CNI dan disokong oleh KUMPULAN POWERNET (Penaja Utama), QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR (Penaja Bersama), GDEX (Penaja Besama), GSC MOVIES (Pengedar Filem), KUALA LUMPUR SPORTS CITY (Lokasi Rasmi), KELAB RELA KEHORMAT BERSEKUTU WILAYAH PERSEKUTUAN (Rakan Sokongan), PERSATUAN HOKKIEN MALAYSIA (Rakan Sokongan), DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR & SELANGOR (Rakan Sokongan) dan TEDMI (Rakan Sosial Media).

Maklumat lanjut, sila layari Facebook @leechongweimovie or atau www.leechongweimovie.com. –

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MIMPI INDAH Taruhan Terbaharu Amira Othman

Ini Komen Juri Kenapa Pilih JAMPI Jadi Juara AJL32