in , ,

Meerqeen Berang Netizen Kait Ibu Bapa, Tak Canang Usaha Bantu Palestin

Pelakon Meerqeen hilang sabar selepas seorang netizen mula menyentuh perihal orang tuanya selepas dituduh tidak menunjukkan rasa sokongan terhadap peperangan yang berlaku di Palestin.

Pelakon Meerqeen hilang sabar selepas seorang netizen mula menyentuh perihal orang tuanya selepas dituduh tidak menunjukkan rasa sokongan terhadap peperangan yang berlaku di Palestin.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Meerqeen berkongsi tangkap layan komen seorang netizen apabila menggelarnya sebagai ‘anjing Israel’.

Apa yang membuatkan Meerqeen berang, apabila netizen tersebut turut menyentuh tentang ibu bapanya apabila mendakwa mereka diberi makan dengan rezeki dari Israel.

“Bodoh anjing Israel. ‘Goyang’. Memang rezeki kau bagi makan mak ayah kau dari Israel, bukan Allah. Tapi ‘Palestin Palestin’ langsung tiada? Rezeki dari Tuhan.

“Kau yakin rezeki kau ada dan takut rezeki hilang disebabkan selain daripada Allah, hilang satu pertiga agama bro,” tulis netizen tersebut.

Berang dengan komen yang dilemparkan, Meerqeen memberi amaran supaya netizen tersebut tidak menyentuh peribal orang tuanya yang dianggap melampau.

“Mak bapa aku kau jangan main anjing,” balas Meerqeen.

Dalam hantaran berbeza, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu mengingatkan orang ramai supaya tidak menjalankan kerja Tuhan.

Bahkan, Meerqeen berkata dia tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk bentuk bantuan yang dia buat terhadap Palestin.

“Ramai manusia nak jalankan kerja Tuhan. Aku tahu apa aku buat untuk saudara kita di Palestin. Aku tak perlu nak menunjuk-nunjuk bantuan apa yang aku bagi pada mereka untuk senangkan hati manusia-manusia lain.

“Cukup aku seorang sahaja yang tahu apa peranan dan tanggungjawab aku sebagai seorang Muslim untuk orang di palestin. Pemberian aku Ikhlas. Berhenti menunding jari pada orang,” kata Meerqeen.

Sebelum ini, Meerqeen pernah dikecam bertalu-talu selepas bergambar dengan aktres kelahiran Israel, Gal Gadot.

Lama berdiam diri, Meerqeen akhirnya bersuara sekali gus menegaskan mengutuk setiap kekejaman yang berlaku di Gaza ketika ini.

Sebagai seorang beragama Islam, Meerqeen juga kekal dengan pendirian untuk memperjuangkan keadilan yang sepatutnya dimiliki oleh semua pihak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konflik Palestin-Israel, MTV EMA 2023 di Paris Terpaksa Dibatalkan

Kuala Lumpur Bakal Jadi Tuan Rumah Pertandingan I-SING Bulan Depan