in , ,

Maisarah Ukulele Beri Nafas Baru, Lancar Single ADAKAH INI CINTA

Penyanyi remaja Maisarah Ukulele yang dikenali dengan lagu OH SI KACAK, meneruskan kariernya dengan melancarkan single ke-5 yang bertajuk ADAKAH INI CINTA yang diciptanya sendiri dan diterbitkan oleh Cat Ruffedge.

Lagu Adakah Ini Cinta ini diberi nafas baru dengan penampilan Maisarah di Grand Asian Celebrity Charity Badminton 2018 dengan menari bersama Inversion Crew di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Grand Asian Celebrity Charity Badminton ini menyaksikan artis-artis tanahair seramai lebih 30 orang bersaing di dalam kejohanan badminton yang diadakan oleh GACC Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Artis Tanahair.

Maisarah merupakan penghibur/performer yang ke-2 untuk acara persembahan. Lagu Adakah Ini Cinta ini bakal mengeluarkan Music Video terbarunya tidak lama lagi.

Maisarah berkata MV Adakah Ini Cinta ini akan direkodkan kemungkinan selepas peperiksaan percubaan SPM pertengahan Ogos ini atau pun selepas SPM yang dijangka berakhir pada pertengahan bulan Disember.

Lagu ini merupakan lagu pertama yang diciptanya tetapi dikeluarkan di pasaran untuk single beliau yang ke5. Apabila ditanya Maisarah atau lebih senang dipanggil Mai, kenapa lagu Oh Si Kacak yang keluar dulu berbanding lagu Adakah Ini Cinta.

Jawab Mai, lirik lagu ini dibuat semasa dalam kereta bersama Mamanya dan pada ketika itu perjalanan ke tempat show lama sangat di dalam kereta sampai boleh buat lagu dan terhenti pada chorus lagu.

Lama juga mengambil masa untuk memikirkan chorus hinggalah semasa Mai hendak mengambil PMR ketika itu paper Matematik, rasanya last paper of the day masa tu.

Dia teringat sejurus selepas habis sahaja paper maths dan terus mengambil kertas dan menulis lirik chorus lagu Adakah Ini Cinta. Lagu ini juga menampilkan Cat Ruffedge dalam rap lagu ini.

Lagu ini ada terdapat di dalam mini album Maisarah dan boleh request di mana mana radio station dan di Spotify, Joox dll.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Family Showdown Game Show Terbaru di ntv7

Apa Yang Buat Kaka Azraff SIBUK Sangat Tu?