in

Apa Yang Buat Kaka Azraff SIBUK Sangat Tu?

Pada hari Ahad lalu, Kaka Azraff telah dikatakan begitu SIBUK apabila satu rancangan informasi hiburan (MELODI) ingin mewawancara beliau. Dikatakan wartawan rancangan itu telah mengejar Kaka sehingga masuk ke dalam lif. Namun, Kaka tetap dengan pendiriannya iaitu dia sedang SIBUK dan tiada masa untuk diwawancara.

Pihak kami juga telah sedaya upaya menghubungi beliau dan ternyata jawapan yang kami dapat adalah ‘Kaka SIBUK”. Kaka Azraff sedang menghiasi kaca TV menerusi drama lakonannya ‘Inai Yang Hilang’ yang sedang ditayangkan di NTV7.

Adakah kerana komitmennya sebagai pelakon dan penyanyi dalam masa yang sama menjadikan Kaka begitu SIBUK?

Video ini adalah bukti bahawa Kaka sememangnya SIBUK:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maisarah Ukulele Beri Nafas Baru, Lancar Single ADAKAH INI CINTA

Yang Menarik Tentang Filem 3096 Days