M Rajoli Meninggal Dunia

Al-fatihah, semoga ruh allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga M.Rajoli. Ya Allah, sambutlah kepulangannya dengan rahmat dan kasih sayangMu.

Berita ini disusuli dengan ucapan salam takziah tak putus-putus di  medan Facebook dan Twitter oleh para peminat dan semua yang mengenali Allahyarham.

m.rajoli

PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.

Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini pada jam 10 pagi.

M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. al-fatihah..
    semoga roh nya di tempat orang yg beriman dan beramal soleh…
    yg hidup pasti mati…
    hanya 4 dibekal bersama…

  2. al-fatihah

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mudah-2an berada di tempat orang-2 yang beramal soleh. Saya ucapkan takziah kepada keluarga almahrom.

  3. SALAM TAKZIAH UNTUK SEMUA AHLI KELUARGA M.RAJOLI.SAYA AMAT MEMINATI BELIAU DAN MERASA KEHILANGANNYA SEMENJAK DIA JATUH SAKIT LAGI TAPI SAYA MERASA SUNGGUH SEDIH KERANA DLM KEADAAN BELIAU SAKIT KEDUA KELUARGANYA TIDAK AMAN.KENAPA SEMUA INI HARUS BERLAKU KETIKA BELIAU MEMERLUKAN KASIHSAYANG DR KEDUA ISTERI TERCINTA

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Julia Ziegler di Malam Gala Filem Crayon

Air Mata Nur Salina Lakonan Remy Ishak & Umie Aida