in , ,

Lee Chong Wei Dedah Ada Pihak Salah Guna Namanya Perdaya Orang Ramai

Hero badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendedahkan bahawa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama dan gambarnya untuk memperdaya orang ramai mengikuti sebuah program pelaburan.

Menurut Chong Wei, dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana program pelaburan ajaib yang menjanjikan pulangan mewah pada masa singkat.

“Baru baru ini, saya mendapat khabar angin yang saya mengendalikan satu pelaburan ajaib yang boleh menjadikan seseorang bergelar jutawan dalam masa singkat dalam masa tiga bulan.
 
“Jadi, saya ingin maklumkan bahawa apa yang tersebar itu, tidak benar sama sekali.
 
“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang menyalahgunakan nama saya dan menyebarkan penipuan di Internet,”

– Chong Wei
Lee Chong Wei Dedah Ada Pihak Salah Guna Namanya Perdaya Orang Ramai

Dalam entri tersebut, Chong Wei turut berkongsi paparan artikel yang cuba memperdaya orang ramai menggunakan nama dan gambarnya untuk menyertai skim pelaburan.

Dalam pada itu, Chong Wei turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan kehidupan mewah.

“Nak kaya, kenalah rajin, kenalah bijak. Jangan ambil jalan pintas. Terutama dalam masa yang penuh liku dengan kemerosotan ekonomi ini, jangan mudah terbuai atas kata-kata manis yang tidak munasabah.
 
“Kepada yang ambil kesempatan, menipu duit orang awam, saya berharap anda berhenti. Jangan sampai, pada satu hari, anak atau cucu anda yang menjadi mangsa atas perbuatan durjana anda. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali,”

– Chong Wei

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KASIH TAK TERUNGKAP Antara Saharul Ridzwan & Sharifah Husna

Jualan Kaw Kaw Bookxcess Online Tawar Harga Buku Serendah RM1