in ,

Dua Dekad Jadi Penyanyi, Siti Nurhaliza Pasang Impian Buka Galeri Khas 

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memasang impian untuk mewujudkan galerinya sendiri sebagai ingatan kepada peminat-peminatnya untuk melewati kisah kejayaan dan perjalan karier seninya.

Menurut Dato’ Seri Siti, dia dan pengurusnya ada memikirkan perkara tersebut namun belum mempunyai kata putus.

“Saya sendiri juga terfikir untuk wujudkan galeri saya di Kuala Lipis, Pahang.
Mungkin saya perlu masa dan ruang untuk duduk dan berbincang lebih serius lagi, sebagai ingatan dan kenangan.
Saya terfikir di suatu tempat, mungkin di Kuala Lipis atau Kuala Lumpur, itu apa yang saya dan pengurus fikirkan dan bincang. Tapi masih belum direalisasikan,’ 

– Dato’ Seri Siti

Siti Nurhaliza lebih selesa sekiranya galeri tersebut diwujudkan hasil inisiatifnya sendiri.

“Sememangnya setiap legenda ini perlu ada satu tempat yang boleh jadi rujukan untuk peminat-peminat.

“Cuma kita perlu betul-betul serius sebab dia adalah fakta dan barang- barang yang menggamit memori dan kejayaan.

“Lebih bagus saya buat sendiri sebab ia daripada diri kita sendiri, kalau orang luar mungkin fakta itu kurang tepat dan sebagainya,” ujarnya.

Siti berkata demikian apabila diminta media untuk mengulas mengenai keadaan terkini rumah legenda tanah air, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang dikatakan terbiar tanpa dibaiki.

“Bagi saya sepatutnya ada pihak tertentu untuk menjaga warisan dan khazanah yang boleh diajadikan rujukan. Kerana beliau seorang legenda dalam muzik yang banyak beri kejayaan pada negara. 
“Sedih apabila saya dapat tahu perkara tersebut, tapi setiap perkara pasti ada alasannya, kita tak tahu sebab apa yang berlaku.
“Saya juga pernah buat konsert tribute kepada Allahyarham, memang segala bahan CD memang dijaga rapi oleh keluarganya,”

– Dato’ Seri Siti

Dalam perkembangan lain, Siti kini muncul dengan album Sitism yang memuatkan 12 buah lagu dan mula dilancarkan di seluruh pelantar digital bermula 8 September 2023.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Kembali Turun Padang Bawakan Konsert Suriavolusi Oktober Ini

Finale Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah