in , ,

Suria FM Kembali Turun Padang Bawakan Konsert Suriavolusi Oktober Ini

Setelah berjaya menarik tumpuan puluhan ribu pengunjung ke Karnival Mega Suria pada September lalu, kini Suria FM kembali turun padang dengan membawakan konsert SuriaVolusi pada Oktober ini.

SuriaVolusi yang dipersembahkan oleh Suria FM dan AC Gas, bakal menjelajah ke beberapa lokasi terpilih di Zon Pantai Timur juga Lembah Klang iaitu di The Curve, Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023 (Sabtu) dan seterusnya di KB Mall, Kota Bharu Kelantan pada 28 Oktober 2023 (Sabtu). 

Nantikan persembahan artis popular seperti Azlan and The Typewriter, Khai Bahar, Adira, Aris Ariwatan, Baby Shima, Floor 88, Kristal X, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat, Renggo Arrow, Alyssa Dezek, Xone, Chaca Tisha, Aidilia Hilda, Killa Driz, Siqma X Razzuan, Shafiq Abdillah, Asraf Nasir dan ramai lagi di atas satu pentas! 

Suria FM Kembali Turun Padang Bawakan Konsert Suriavolusi Oktober Ini

Pengunjung juga boleh beramah mesra bersama barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya, Cik Piah, Rara, Tyzo dan DJ Lin! 

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), “SuriaVolusi merupakan sebuah konsert hasil gabungan kerjasama Suria FM bersama AC Gas yang pastinya bakal berikan kelainan buat para pengunjung dan pendengar setia Suria FM”, 

“Konsert ini diadakan bertujuan untuk meluaskan lagi sasaran pendengar Suria khususnya di sekitar kawasan Pantai Timur kerana setelah sekian lama kami tidak menyantuni peminat di Kelantan, akhirnya ia dapat direalisasikan menerusi jalinan kerjasama padu bersama AC Gas”. 

Suria FM Kembali Turun Padang Bawakan Konsert Suriavolusi Oktober Ini

Lebih menarik, selain berhibur bersama barisan penyampai dan artis popular tanah air, terdapat juga banyak aktiviti dan hadiah yang boleh dimenangi menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang. 

“Juga jangan lepaskan peluang untuk membeli pelbagai set kombo barangan eksklusif Suria seperti ‘Set Berharga Suria’, ‘Set Bergaya Suria’, ‘Set Seragam Suria’, ‘Set Korporat Suria’, ‘Set Mega Suria’ juga dapatkan T-Shirt Cotton Suria edisi terbaru dan keluaran pertama, T-Shirt Polo Suria juga jersey istimewa di booth Kedai Suria sepanjang acara berlangsung!” ujarnya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cassandra Yap & Ashlyn Ooi Pemenang Miss International Malaysia 2024

Dua Dekad Jadi Penyanyi, Siti Nurhaliza Pasang Impian Buka Galeri Khas