in , ,

Lafaz Cerai Hafidz & Shuhada Berlaku Sekali Atau Dua Kali-Peguam

“Hari ini kita akan dapat keputusan pengesahan lafaz cerai sama ada sekali atau dua kali.” Itu kata peguam syarie mewakili pelakon Hafidz Roshdi, Datuk Akberdin Abd Kadir tentang status kemelut rumah tangga antara pelakon itu dengan isteri, Nurul Shuhada.

“Hari ini kita akan dapat keputusan pengesahan lafaz cerai sama ada sekali atau dua kali.” Itu kata peguam syarie mewakili pelakon Hafidz Roshdi, Datuk Akberdin Abd Kadir tentang status kemelut rumah tangga antara pelakon itu dengan isteri, Nurul Shuhada.

Memetik Kosmo Online, Hafidz Roshdi, 29, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi proses pengesahan lafaz cerai kira-kira pukul 9.11 pagi tadi dalam keadaan tenang menggayakan sut serba hitam.

Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi itu berharap segalanya akan selesai dengan baik hari ini.

Akberdin turut memaklumkan, pihak Hafidz berpendirian lafaz cerai dilakukan hanya sekali iaitu 22 Februari manakala pihak Shuhada mendakwa lafaz cerai telah berlaku sebanyak dua kali.

Sementara itu, Shuhada tiba di mahkamah lebih awal dengan busana serba putih sambil ditemani peguamnya sekitar pukul 9.10 pagi.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan pengesahan lafaz cerai hari ini di hadapan Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Susah Nak Cari Macam Watie, Raisudin Gembira Tengok Shuib

Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Aidil, Fasha Sandha Titipkan Doa Buat Jejai