in , ,

Konsert Patah Hati 2.0 Pada 23 November Ini di Zepp KL, Ada Tawaran Early Bird!

Atas sambutan luar biasa yang terlihat pada konsert sold-out, Konsert Patah Hati pada Mac 2023 lalu, ANS Diversified Sdn bhd dengan bangganya akan kembali mempersembahkan persembahan sekuel iaitu Konsert Patah Hati 2.0 pada 23 November 2023 akan datang, juga di Zepp Kuala Lumpur!

Mengumumkan berita menggembirakan untuk semua peminat, Konsert Patah Hati 2.0 kali ini akan pasti lebih bertenaga apabila menampilkan pula barisan artis popular iaitu Bunkface, Ismail Izzani, Nadeera, Neeta bersama dua bintang Patah Hati sebelumnya – Aisha Retno dan Naim Daniel.

Pengarah Projek ini, Encik Ahmad Faizal Zulkipli, berkata Konsert Patah Hati 2.0 yang mendapat sokongan Dana Kandungan Digital (DKD) Persembahan Muzik daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital Malaysia melalui My Creative Ventures, bakal menonjolkan tema Neon bagi menyemarakkan lagi suasana pada malam persembahan itu nanti.

Bagi mengumumkan konsert ini secara rasmi, penganjur telah mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2 petang tadi di Z Botanica, 1 Utama.

Konsert Patah Hati 2.0 Pada 23 November Ini di Zepp KL, Ada Tawaran Early Bird!

“Pertama kali saya amat bersyukur dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang menyaksikan Konsert Patah Hati pada Mac lalu. Sambutannya sangat hebat sehingga ramai tidak puas dan meminta ia dianjurkan lagi. Jadi sebagai memenuhi permintaan semua, ANS Diversified kini kembali bersama konsert sekuel pada 23 November ini.

“Dengan barisan artis Bunkface, Naim Daniel, Ismail Izzani, Neeta, Aisha Retno dan Nadeera, kami jemput semua peminat menempah tiket mulai hari ini, 6 September jam 5 petang. Kombinasi artis solo dan berkumpulan dikekalkan kerana formula ini digemari oleh semua penonton,”

– Faizal
Konsert Patah Hati 2.0 Pada 23 November Ini di Zepp KL, Ada Tawaran Early Bird!

Faizal berkata, tema Neon dipilih kerana ia menggambarkan  cahaya indah, kepelbagaian rona serta keunikan genre-genre muzik  yang ditonjolkan 6 artis yang terpilih dalam Konsert Patah Hati 2.0 kali ini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Puan Nornajwa Noor Shahhidin, Pengurus Kanan Geran MyCreative Ventures.

Tiket-tiket Konsert Patah Hati 2.0 kini boleh ditempah di laman sesawang www.ticket2u.com.my

Konsert Patah Hati 2.0 Pada 23 November Ini di Zepp KL, Ada Tawaran Early Bird!

Berikut adalah harga tiket:

RM185 (Malam Ini Kita Punya) 

RM269 (Luar Biasa Sakit) 

RM299 (Purnama) 

& RM5,000 (VIP Box) 

Tawaran menarik juga disediakan untuk Early Bird iaitu:

Free Standing (Malam Ini Kita Punya) – RM179

Normal Seating (Luar Biasa Sakit) – RM259

Premium Seating (Purnama) – RM285 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolaborasi Dengan Hazama, Konsert di Zepp KL Simbolik Keutuhan Jenama ST12 

AMIR MASDI

Amir Masdi Bakal Adakan Siri Jelajah Album, Janji Persembahan ‘A Class’