in

Konsert Kemuncak Akhir Ceria I-Star Tampil Kejutan

Program pencarian bakat cilik islamik baharu, Ceria I-Star bakal mengadakan satu lagi konsert Kemuncak Akhir di mana tujuan konsert ini diadakan adalah bagi memberi kejutan dan penghargaan kepada semua penonton setia Astro Ceria yang sentiasa menyokong dan sambutan hangat yang diberikan terhadap program Ceria I-Star.

hazama

Konsert Kemuncak Akhir Ceria I-Star Tampil Kejutan

Pada pentas Ceria I-Star minggu lalu, hos Nabil Ahmad telah mengumumkan pemenang di tempat keempat iaitu adik CHA yang telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,000.00 dan di tempat kelima pula adalah adik IQI yang telah menerima wang tunai berjumlah RM 500.00. Konsert Ceria I-Star minggu lalu juga telah menobatkan kumpulan Sehati sebagai pemenang kategori ‘Persembahan Terbaik Pilihan Penonton’ dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5,000.00.

Namun pada saat akhir konsert minggu lalu, satu pengumuman yang mengejutkan telah diumumkan iaitu pada minggu ini, bakal berlangsung satu lagi konsert khas dan bakal mengumumkan gelaran Juara, Naib Juara, dan Tempat Ketiga. Tiga finalis iaitu adik DANISH, kumpulan THE BLACK dan kumpulan SEHATI bakal berentap buat kali terakhir di pentas Ceria I-Star bagi merebut gelaran juara.

Bakal umum Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga di konsert minggu ini

Juara pertandingan Ceria I-Star bakal membawa pulang ganjaran wang tunai berjumlah RM 15,000.00, manakala naib juara bakal mendapat ganjaran wang tunai berjumlah RM 10,000.00 dan tempat ketiga bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5,000.00.

Konsert kemuncak akhir Ceria I-Star yang bakal berlangsung Jumaat ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran salebriti-salebriti popular tanah air seperti Zizan Razak, Abam Bocey, Hazama, dan Akim & The Majistret. Satu lagi kejutan menanti penonton setia Ceria I-Star dan sama-sama kita nantikan Jumaat ini.

Abam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Battle 2 di Konsert 3 JUARA

Syamsul Yusof Patah Bahu Kiri Lakonkan Babak Aksi