in

Kisah Poligami Dalam Drama Seharum Kenanga

Seikhlas Ramadan : Kisah Poligami Dalam Seharum Kenanga di TV2

Bulan Ramadan yang dijalani mengajak seluruh umat Islam menghayati erti kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi dugaan hidup terutama dalam bulan yang mulia ini. Namun bayangkan kiranya seorang itu berdepan dengan dugaan berat dalam kehidupannya secara serentak.

Dirinya disahkan cacat setelah terlibat dalam kemalangan. Sangkanya si suami yang dinikahi sejak awal lagi tabah mahu meneruskan hidup bersama. Namun sebaliknya apabila kecacatan itu dijadikan alasan utama untuk dirinya berkahwin dengan wanita lain sekaligus ‘memadukannya’.

janet dan Faizal dalam Seharum Kenanga

Meletakkan pelakon utama Janet Khoo bergandingan dengan Faizal Hussein sebagai suami isteri, drama bersiri Seharum Kenanga disiarkan setiap Isnin hingga Khamis mulai 4 Ogos 2011, jam 12.30 tengah hari di TV2 ini turut dibintangi oleh Rosnah Johari, Mahyon Ismail, Fadhilah Mansor, Shahruddin Thamby dan Nabila Nur Naquiyah dalam 26 episod siarannya.

Seharum Kenanga mengisahkan Dania seorang anak yatim piatu yang dijaga oleh ibu saudaranya. Oleh itu dari alam remaja lagi Dania sudah hidup berdikari dan berkeyakinan tinggi. Dania menjadi model dan seterusnya menjadi pelakon terkenal.

Dia berkahwin dengan Omar, seorang arkitek muda yang berjaya. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta sangat bahagia namun Omar adalah seorang yang sangat kedekut. Lantaran itu kadangkala Dania tidak dapat memenuhi segala kehendaknya.

Dania kemudiannya telah memberi idea kepada suaminya untuk membuka Firam Arkitek. Mereka bahagia dan dikurniakan dua orang anak di samping perniagaan yang semakin maju. Namun, bahagia tidak lama apabila Dania terlibat dalam kemalangan. Lebih malang lagi kemalangan itu menyebabkan Dania menjadi cacat.

Konflik berlaku apabila sikap Omar berubah dan dia menjadikan alasan isterinya cacat untuk berpoligami. Bagaimanakah Dania mengharungi konflik itu? Saksikan plot-plot menarik penuh pengajaran ini hanya di TV2 yang menampilkan tema Gemilang Ramadan sempena Ramadan ini.

seharum kenanga

babak dalam seharum kenanga

seharum kenanga ... temukan Faizal dan Janet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Unveils New Generation of 14” Notebook

Producer Roslan Aziz Chinese Indonesian Band Golden Dragon