in , ,

Kembara Gadis Solo Himpunkan Wanita & Pakar Kembara di TV Okey

Tanpa mengira jantina mahu pun latar belakang seseorang, setiap individu pasti mempunyai misi yang ingin dilakukan dalam sesuatu pengembaraan mereka.

Aktiviti kembara sama ada dalam atau luar negara, kedua-duanya pasti menghadirkan pengalaman indah dan keterujaan dalam diri apatahlagi bila dilakukan bersama yang tersayang.

Menerusi sebuah travelog terbaharu bertajuk “Kembara Gadis Solo” yang disiarkan mulai 15 Oktober ini, setiap Ahad, pukul 9.00 malam di saluran Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi pengisian yang memfokuskan pengembaraan untuk wanita sahaja dengan menghimpunkan wanita pelbagai latar belakang, pakar pengembaraan dan lain-lain.

WhatsApp Image 2023-09-12 at 11.55.20 AM (1)

Bersama-sama 13 selebriti wanita Malaysia menjelajah bandar-bandar menarik di Malaysia. Dalam setiap episod, seorang selebriti akan memilih bandar yang ingin dilawati dan mulakan pengembaraan secara solo.

Selain menonjolkan lokasi indah yang boleh dilawati, program ini memberi tip berguna kepada bakal pengembara di luar sana dalam membuat keputusan bijak sebelum mengembara sendiri.

Begitu juga setiap episod akan mengetengahkan makanan tradisi dan restoran terkenal, landmark yang patut dilawati dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan secara sendirian.

Fiza Thomas...antara selebriti undangan

Di antara selebriti wanita kembara secara solo yang dipilih termasuklah pelakon Shasha Abedul, Nia Atasha, Adriana Adnan, Dee Al Hadi, Fiza Thomas, Tisya Ong dan Serra Kamal. 

Mereka meluangkan masa mengunjungi destinasi bandar-bandar yang sememangnya menjadi lokasi idaman setiap pengembara antaranya Cherating, Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Melaka dan Kemaman.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BETO KUSYAIRY

Super Wira Siri Live Action Astro Ceria Lakonan Pertama Beto Kusyairy

INSOMNIACS NABILA

Cerita Kita Insomniacks & Nabila Razali Kolaborasi Lagu Terbesar 2023