in , ,

Ini Komen Azza Elite Tentang Parodi ‘Setiap Kali Kau Marahi’

Ramai peminat tak bersetuju apabila Elite tersingkir. Gara-gara hanya terlupa dan tersilap lirik, Elite dihukum dan markah kena potong. Kalau boleh Elite perlu diberi satu lagi peluang. Kalaulah ada sistem imuniti, boleh juga minta Tok Ram guna.

Segalanya dah tersurat dan itulah ketentuan. Elite tersingkir sebelum dapat membuktikan kemampuan mereka di konsert seterusnya. Khabarnya, mereka punya persediaan sangat rapi. Yang sedihnya, mereka terpaksa tinggalkan pengalaman dan pengajaran berharga dari akademi GV5. Yang tak dapat ditimba kat mana-mana.

Berpeluang menemubual Elite sejurus selepas konsert, Budiey turut mendapatkan komen Azza tentang parodi yang dibuat oleh Jihan Muse di MeleTOP.

Setiap kali kau marahi diriku ini
Tergugur jantungku tergaman membisu…

Parodi Lagu Akhirnya Azza Elite Bersuara.. apa kata tengok temubual Budiey bersama Azza Elite.

Memang parodi tu sangat kelakar dan ramai yang gelak. Bagi Azza, itu semua okay je. Sebab dia pun kepala gila-gila jugak.

Azza juga turut bercerita tentang bagaimana boleh berlaku mimik muka seperti itu. Haa, sebenarnya, bukan senang untuk menyanyi live dengan menggunakan earpiece kat telinga tu. Kalau silap cara, memang susah nak sesuaikan dengan diri. Memang nak kena biasa pakai benda alah tu.

 

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eyka Farhana & Jaa Suzuran Cemas Ditahan di Heathrow, London

Ameer Forteen Bakal Nikah Mac 2019