in , ,

Azza Ellite Berang Ditipu Sindiket Pembantu Rumah

Di Instagram, penyanyi dan pelakon, Azza Elite menzahirkan rasa marah apabila menjadi mangsa sindiket penipuan pembantu rumah. Lebih menyedihkan, dia mengalami kerugian sebanyak RM1700.

Laki i jual sejadah siang malam. Angkat berguni sejadah. Kita orang rasa besar sangat RM6000. Hampeh betul nak cari maid kena tipu babeng betul dia tipunya duit. Kita ada balance RM1700 lagi, mangkuk hayun betul nama orang tu Fuad. Kawan pada artis. Kita ingat ke kawan kita kenalkan eloklah. Rupanya Haus. Fuad ni kalau aku letak gambar baru kau tahu. Fuad kau bayar duit Azza sekarang sebelum i letak nama kawan artis i yang tak bersalah. Should I report police gais?

Fuad tu should I letak gambar? I Kalau dapat duit ni i tak ambil sikit dan selebihnya aku bagi orang susah. Hanetnya Fuad. Modus operandi hantar maid tua yang pegang kuali pun terketar dan aku tak sanggup nak suruh buat kerja. Yang kedua dia hantar bila kita tukar, ye puan 1000 kali suruh buat lain dia buat lain. Aku suruh jaga adam dia duduk tengok aku urut. Aku tak suruh masak pun suruh jaga Adam dan bersih rumah. Last sekali, aku minta duit dekat partner Fuad Indonesian dia bagi aku RM1100 sebab RM900 dah terpakai sebab aku tengok deme rumah pun kongsi. Aku halalkan dan aku anggap zakat!

Kak Ida ni orang yang cari maid dia bayar balik perfectly tapi so Fuad ni uols bawak lari duit tak nak bayar Rm1700. Dia cakap apa tahu mula-mula ni kosong tapi nanti kalau nak buat permit Azza boleh buat sendiri. Jadi aku pun yakin lah sebab mana kau nak cari time pkp ni. Sebab aku yakin aku boleh pergi Imegresen untuk urus sendiri. Tapi si Fuad dia bawa lari RM1700. Aku jual sejadah je tau! Aku ada semput. Kau senang bawa lari duit Aku! Korang nak tengok ke muka fuaad tu. Ini sebenarnya sindiket. Dia ambil duit kita dan dia hantar yang bukan-bukan.

Menurut Azza, dia mengenali lelaki yang bernama Fuad itu menerusi rakan artis juga. Tambahnya, Fuad telah menghantar dua orang pembantu rumah yang tidak menepati standardnya iaitu seorang warga emas dan seorang lagi tidak pandai mengikut arahan yang diberikan. Susulan daripada itu, Azza ingin meminta semula wangnya iaitu RM1700. Namun, Fuad dipercayai telah melarikan diri dan memberitahu bahawa dia akan membayar RM750 sahaja.

Hutang mana hutang? Lani mu tak bayar. Keluar sana sini. Hutang orang nak kira macam mana? Korang rasa apa patut kakak buat sekaran? Aku nasib baik sebab hantar maid balik dan tau dekat mana dia ambil dan dengan siapa dia bayar. Artis yang tolong carikan tak payah bayar sebab dia tolong je dan tak terima apa apa dari Fuad! So kita tak perlu reveal siapa kawan saya sebab dia niat nk tolong saja.

Terbaru Azza memberitahu bahawa Fuad ingin menyelesaikan bayaran tersebut pada pukul 5 petang hari ini. Namun, Azza mendakwa lelaki tersebut sekadar berbohong kerana dia boleh sahaja transfer wang kepada Azza sekarang ini. Azza turut bertanya kepada netizen mengenai langkah yang sesuai dan perlu diambil olehnya ekoran sindiket tersebut. Antara cadangan yang diberikan ialah, viralkan gambar Fuad, tunggu sehingga pukul 5 petang baru viralkan, pergi balai polis buat laporan terlebih dahulu serta memuat naik no telefon Fuad agar dia membayar semula.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mengalami Was-Was Yang Teruk, Harris Annuar Pernah Persoalkan Kewujudan Tuhan

Abigail Bercerita Perihal STATUS QUO, Single Pertama Padat dengan Mesej