in ,

Eyka Farhana & Jaa Suzuran Cemas Ditahan di Heathrow, London

Malang tak berbau. Di mana sahaja kita berada, kita kena berhati-hati. Kena jaga-jaga. Maklumlah, segalanya berkemungkinan. Apa-apa boleh berlaku. Seperti juga dengan kisah Jaa dan Eya yang kini berada di Kota London.

Memetik laporan dari Harian Metro yang disiarkan pada hari ini, selebriti radio Jaa Suzuran, 24, pelakon Eyka Farhana, 23, dan pembantu peribadi mereka berdepan detik cemas apabila ditahan hampir satu jam oleh pihak imigresen di lapangan terbang antarabangsa Heathrow, London, kelmarin.

jaa-suzuran

Jaa Suzuran

“Ketika beratur di kaunter imigresen, tiba-tiba kami ditahan dan disoal siasat mengenai tujuan kami berdua berada di negara ini.

“Kami menjelaskan akan menjalani penggambaran filem dan pihak mereka (imigresen) tanya pelbagai soalan seolah-olah kami pendatang tanpa izin,” – Eyka.

Isu itu dipercayai berlaku kerana salah faham antara mereka dan pihak imigresen kerana kedua-dua pelakon itu pertama kali berada di negara ini.

Eyka berkata dia ditahan kerana pihak imigresen meragui dirinya sebagai pelakon dan jumlah wang dibawa.

Manakala pembantu peribadi mereka pula ditahan kerana membawa tiga kotak besar mengandungi mi segera yang dipesan kru produksi di sini.

“Mereka ingat pembantu kami nak berniaga mi segera di sini, saya pula dipersoal kenapa datang untuk berlakon selepas memberitahu pekerjaan sebenar sebagai penyampai radio.

“Saya pula tidak berapa pandai ‘speaking’ dan apabila mereka tanya macam-macam saya jadi ‘blur’ dan ketawa saja,” – Jaa

Mereka berkata selepas berjaya menghubungi pengarah filem, Rahila Ali dan menjelaskan situasi sebenar barulah kami dilepaskan.

Mereka berada di United Kingdom selama seminggu bagi menjalani penggambaran filem romantik komedi berjudul Cinta ‘Secondhand’ terbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd.

Didoakan semoga Eyka & Jaa selamat dan jaga diri kat sana.

Sumber: Harian Metro

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Syukri Fobia Nak Lancar Lancar Single Terbaru

Ini Komen Azza Elite Tentang Parodi ‘Setiap Kali Kau Marahi’