in , ,

“Jauhi Jantan Yang Buka Aibmu,” – Ismail Embong

Status Facebook milik ayah kepada pelakon Emma Maembong, Ismail Embong mencetuskan teka-teki dalam kalangan netizen. Menerusi kemas kini akaun Facebook peribadinya hari ini, pelukis terkenal itu seolah-olah menyuarakan kata hatinya terhadap kontroversi yang terjadi.

Nama pelakon cantik berdarah campuran, Emma Maembong kian meniti di bibir para netizen sekarang ini. Bermula dengan isu gambar mesra bersama Syed Abdullah yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, sekarang kecoh la pulak dengan isu bukak tudung yang menjadi perhatian netizen. Tenggelam la sekejap isu-isu yang lain tu kan?

Emma seakan menerima sahaja segala tohmahan dan kecaman daripada para netizen tanpa sediikit pun melatah. Malah Emma mengaku tentang kesilapan. 

Jauhi Jantan Buka Aibmu - Ismail Embong

Seakan Kesal Dengan Tindakan Emma Maembong

Sehari selepas Emma Maembong mengesahkan tidak lagi berhijab, bapa pelakon itu bersuara secara terbuka meminta supaya aktres berkenaan tidak mendekati individu yang melalaikan.

Kata Ismail Embong, 71, yang juga pelukis terkenal, seseorang lelaki yang sekadar ingin menjatuhkan maruah seharusnya dijauhi.

Emma Maembong

“Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aibmu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga,”

– Facebook Maembong Ayoh

Muat naik status bapa kepada 11 cahaya mata itu mengundang perhatian ramai yang sememangnya ternanti-nantikan reaksi pelukis terbabit.

Tidak dapat dipastikan status itu ditujukan kepada mana-mana pihak namun ada antara netizen yang menyokong tindakan Ismail.

“Lelaki tak guna tu yang memang kena ajar. Jangan bagi muka Ayah. Suka-suka buat anak orang macam tu!”

– Pengguna Facebook

Selain itu, kata-kata nasihat dan doa turut dilayangkan buat keluarga itu.

Semalam, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 26, membuat pengakuan sudah tidak lagi mengenakan hijab sejak Isnin lalu.

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu berkata, keputusan untuk tidak lagi bertudung dibuat bukan disebabkan kontroversi foto mesra bersama seorang jejaka yang tular, sebaliknya dilakukan atas keinginan sendiri.

Pengakuan aktres terbabit mengundang kontroversi hingga netizen ‘menyerang’ laman Instagram lelaki yang kini dikatakan rapat dengannya, Syed Abdullah.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aiman Tino Hadiah Emak, Ayah Restoran Baharu

“Lepas Habis Show, Saya Hanya Fikir Nak Makan Kat Mana” – Hael Husaini