in , ,

Jadi Mangsa Fitnah, Ebit Lew Buat Laporan Polis Sebaik Pulang Dari Jeddah

Baru-baru ini, terdapat beberapa siri pendedahan yang dibuat seorang gadis dari negara sebarang kepada seorang selebriti berkenaan sikap Ebit Lew.

Sehubungan itu, Ebit yang baru sahaja pulang ke Malaysia pada malam tadi telah membuat satu laporan polis setelah mendakwa dirinya difitnah.

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah 12malam tadi terus ke Balai Polis buat report mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang gadis bertatu yang dikenali sebagai Mondy mendedahkan bahawa dirinya telah diraba Ebit serta disuruh untuk berlakon sedang solat dan membaca Al-Quran.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang menyokong tindakan Ebit membuat laporan polis, malah menyarankan agar lebih berhati-hati sebelum memberi bantuan kepada seseorang.

Untuk makluman, gadis berkenaan telah menerima kritikan hebat netizen apabila dia kembali ke imej asal tidak bertudung selepas dua bulan ‘dibantu’ oleh Ebit dan pernah mendedahkan bahawa dia menyaksikan kejahatan sebenar pendakwah tersebut. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AGRINAI

Filem AGRINAI Terima Anugerah Khas Juri di Festival Filem Tamil Toronto 

ASTRO

Astro Lancar SYOK & My Astro di Ultra Box, Ada 14 Aplikasi Premium