in , ,

Filem AGRINAI Terima Anugerah Khas Juri di Festival Filem Tamil Toronto 

Tahniah Budiey ucapkan buat filem AGRINAI – (THE CREATURE) berjaya mengharumkan nama Malaysia setelah merangkul Anugerah Khas Juri untuk Filem Cereka Thriller Terbaik di Festival Filem Tamil Toronto.

Menurut Viknes Perrabu, Pengarah Pemasaran Sai Nanthini Movie World Sdn. Bhd., ini merupakan anugerah pertama yang diraih oleh filem AGRINAI daripada sebuah acara festival filem yang paling diiktiraf dan terkenal di kalangan festival filem antarabangsa.

Filem AGRINAI (THE CREATURE) Terima Anugerah Khas Juri di Festival Filem Tamil Toronto

“Kami amat berbesar hati untuk berkongsi berita gembira ini kepada semua pengemar filem Tamil di mana filem AGRINAI – (THE CREATURE) telah menerima Anugerah Khas Juri untuk kategori Filem Cereka Thriller Terbaik di Festival Filem Tamil Toronto. 
“Ini adalah satu pencapaian yang dapat menyuntik semangat kepada kami sebagai pembikin filem Tamil untuk menghasilkan filem yang bermutu pada masa akan datang,”

– Viknes Perrabu
Filem AGRINAI (THE CREATURE) Terima Anugerah Khas Juri di Festival Filem Tamil Toronto

Bukan itu sahaja, momen dan detik bersejarah ini bertambah manis setelah filem ini sebelum ini dipilih secara rasmi untuk mewakili Malaysia di Anugerah Barcelona Indie (Sepanyol), mewakili Malaysian di Anugerah Cannes International Film Competition ( France) dan Suku Akhir di Anugerah Filem Siri Web Popular dari United Kingdom.

“Kami merasa bangga kerana dapat mewakili Malaysia seterusnya mengharumkan nama negara. Kami percaya, ini adalah hasil usaha semua pihak yang terlibat dalam menjayakan filem ini termasuklah pelakon dan seluruh krew,”

“Sebenarnya, bukan mudah untuk pihak kami menghasilkan filem ini jika tidak ada kerjasama dari seluruh pihak membantu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Saya selaku pengarah filem ini mahu berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat,”

– Thanesh Perrabu (Pengarah Filem dan Editor)
Filem AGRINAI (THE CREATURE) Terima Anugerah Khas Juri di Festival Filem Tamil Toronto

Pengiktirafan sebagai Anugerah Khas Juri untuk Filem Cereka Thriller Terbaik di Festival Filem Tamil Toronto di mana filem ini turut bersaing dengan beberapa filem luar biasa dan filem pemenang anugerah negara India termasuklah filem Kadaisi Vivasayi (Vijay Sethupathi).

Filem AGRINAI (THE CREATURE) Terima Anugerah Khas Juri di Festival Filem Tamil Toronto

“Saya ingin berterima kasih kepada Penerbit Dr. Latcha Perrabu Rajagopal (SNMW), Penerbit Iringan iaitu Dr. Chakravarthy dan Penerbit Eksekutif, Logaswari Subramaniam (Dream Sky Home Productions Sdn. Bhd.)
Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada FINAS dan KKD serta terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Perdana Menteri di atas kerjasama dan sumbangan yang dihulurkan,”

– Thanesh Perrabu (Pengarah Filem dan Editor).
Filem AGRINAI (THE CREATURE) Terima Anugerah Khas Juri di Festival Filem Tamil Toronto

Skor muzik filem dan lagu tema filem ini dibuat oleh Composer M. Jagathees sepenuhnya. 

Sementara itu, lagu khas AGRINAI dan lagu Family dibuat oleh  Composer BalanRaj.

Filem ini dibintangi oleh Viknes Perrabu, Aghonderan, Umaghandan, Vimal Narainan dan ramai lagi. 

Filem AGRINAI (THE CREATURE) Terima Anugerah Khas Juri di Festival Filem Tamil Toronto

Sinopsis Filem AGRINAI – (THE CREATURE)

Filem AGRINAI – THE CREATURE adalah sebuah filem bergenre sci-thriller dengan berdurasi selama 93 minit. Ia menceritakan tentang tiga pembunuh paling dikehendaki melarikan diri daripada eksperimen rahsia dan mula membunuh orang kampung.

Filem AGRINAI (THE CREATURE) Terima Anugerah Khas Juri di Festival Filem Tamil Toronto

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KHAI BAHAR

Konsert Solo Khai Bahar di Dewan Filharmonik Petronas 11 November Ini

Jadi Mangsa Fitnah, Ebit Lew Buat Laporan Polis Sebaik Pulang Dari Jeddah