in , ,

Isteri ND Lala Failkan Cerai

Sejak Sabtu lalu hangat diperkatakan apabila isteri kepada penyanyi ND Lala iaitu Fauziah Sarman mendedahkan identiti seorang wanita serta nama penuhnya didakwa menjadi penyondol rumah tangganya.

Terbaru, isteri kepada penyanyi itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pagi tadi dipercayai bagi memfailkan permohonan cerai terhadap ND Lala susulan dakwaan suaminya berkahwin lagi.

Memetik mStar Online, Fauziah yang ditemui pemberita bagaimanapun memberitahu tidak tahu mengenai dakwaan suaminya bernikah dengan seorang wanita.

Tak tahu. Lebih baik tanya pada abang ND sendiri. Dia yang tahu,” katanya 

Sebelum itu, Fauziah hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Seksyen 16 bersama adik perempuannya, namun diminta ke mahkamah untuk berbuat demikian.

Semalam, perkongsian Fauziah menjadi bualan ramai sekaligus mencetuskan spekulasi sama ada wanita terbabit adalah madunya.

Difahamkan, wanita bernama Siti Munirah bukanlah asing kepada keluarga Fauziah dan suaminya, ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG WATCH5 PRO

Pagi Hingga Malam, Galaxy Watch5 Sesuai untuk Segala Aktiviti Sepanjang Hari

HIDAYAH ABAM HAMZAH

Netizen ‘Sekolahkan’ Hidayah Supaya Jangan Dedah Disihir di Sosial Media