in , ,

“Ini Tidak Kelakar!” Norreen Iman Dikecam Buat Lawak Ketika Solat

Norreen Iman sekali lagi dikecam orang ramai selepas berkongsi video lawak ketika melakukan solat berjemaah bersama rakannya.

Setiap influencer memiliki konten tersendiri untuk memastikan ramai orang menonton konten mereka dan pastinya mereka kadangkala perlu ‘brain storming’ akan konten yang mahu dihasilkan.

Influencer media sosial itu menunjukkan situasi yang sering dialami wanita Islam ketika memakai telekung untuk menunaikan solat. Bagaimanapun, perbuatannya itu tidak sesuai kerana ia seperti mempermainkan agama.

Terbaharu, Norreen Iman telah memuat naik sebuah video di TikTok miliknya yang menunjukkan aksinya bersama rakan sedang solat secara berjemaah dan video tersebut telah dikongsikan semula oleh pengguna media sosial lain.

“Ini Tidak Kelakar!” Norreen Iman Dikecam Buat Lawak Ketika Solat

Norreen Iman Dianggap Persendakan Agama

Ada benda kita boleh nak melawak tapi perkara berkaitan ibadat macam ni hukumnya haram.

– Teguran dari seorang netizen.

Dalam video tersebut, Norreen dilihat bergurau senda dengan rakannya dan menunjukkan situasi biasa dan masalah yang dialami wanita ketika memakai telekung untuk menunaikan solat.

“Ini Tidak Kelakar!” Norreen Iman Dikecam Buat Lawak Ketika Solat

Video tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen mengecam tindakan Noreen yang dilihat melampau kerana seolah-olah memperlekehkan agama.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut mengatakan memang banyak perkara yang sering terjadi dalam kalangan jemaah perempuan seperti terpijak telekung dan sebagainya tetapi tidaklah harus memuat naik video seperti ini yang dilihat berlebihan serta tidak kelakar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DAIYAN TRISHA

Lancar Joviankan Rayamu, Jenama Jovian Mahu Jadi Pusat Sehenti Raya

AMELIA HENDERSON

A Aida, Amelia Henderson Tiba di Mahkamah Untuk Keputusan Kes Saman