HOT GUYS WHO COOK @ 8TV

Bukankah menjadi idaman setiap wanita jika seorang jejaka tampan memasak untuk mereka? Kini mimpi anda menjadi kenyataan apabila 8TV membawakan kepada anda rancangan masakan yang menampilkan jejaka kacak dan tampan memasak di dapur! Hot Guys Who Cook akan memulakan siarannya di kaca televisyen anda pada setiap hari Ahad jam 11 malam, bermula pada 11 Mei 2008.

Hasil garapan penerbit Super Delicious Productions, kini muncul rancangan realiti TV terbaru iaitu Hot Guys Who Cook yang bukan sekadar menampilkan resipi masakan malahan lebih dari itu!

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim:

“Bersedia untuk menyaksikan masakan lazat yang disediakan lelaki kacak dan tampan! Bersiap sedia untuk berasa kagum dengan bakat masakan yang dimiliki lelaki-lelaki tampan ini. Di samping itu juga anda berpeluang untuk mengetahui serba sedikit mengenai diri mereka sepanjang mereka menyediakan masakan.”

SEDIA UNTUK TERLIUR?
Hot Guys Who Cook merupakan sebuah program realiti masakan yang menampilkan tiga lelaki berbeza dari segi kerjaya dan berkongsi tips-tips masakan dari dapur mereka sendiri. 

Sepanjang rancangan berlangsung mereka akan berkongsi dengan anda resipi, bahan-bahan dan juga cara penyediaan masakan di samping memaparkan gambar-gambar dan juga mendengar pelbagai celoteh mereka sepanjang menyediakan hidangan. 

Sama ada masakan Itali, Barat mahupun masakan Cina, lelaki-lelaki kacak ini bukan sahaja cekap memasak malahan juga pandai memikat hati penonton dengan lawak jenaka spontan mereka. 

Jadi apa lagi yang anda tunggu? Pastikan anda menonton rancangan hebat ini dan pelajari cara masakan dari lelaki tampan dengan menonton Hot Guys Who Cook, eksklusif di 8TV pada setiap hari Ahad, jam 11 malam bermula 11 Mei 2008 atau secara alternatif di Astro saluran 708.

[tags]tips memasak, kursus jadi chef, hotel, hot guys who ccok, batu pahat adun, dr chua soi lek video tape, general election 2008 malaysia, malaysian senior politician caught in act, mca manifesto 2008, mca vice president, mca vice president sex scandal, mp for labis, ong ka ting, pants down, petrol price rises, sex video scandal, program masakan, list, masakan Itali, Barat, masakan Cina, recipes western, resepi arab, resepi melayu, kraftangan, menu istana[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Sarimah Ibrahim

Soilwork World Tour Live In Kuala Lumpur