in , ,

HONOR X8b Baharu Dengan Storan Besar 512GB Ditawar Pada Harga RM999

HONOR X7b didatangi kapasiti bateri 6000mAh yang mampu bertahan sehingga 3 hari berharga RM799

Siri HONOR X telah menerima pujian peminat sejak dilancarkan tahun ini kerana mempunyai ketahanan dan dijual pada harga mampu milik. Kini, HONOR mengumumkan dua telefon pintar baharu dalam Siri X iaitu HONOR X8b dan HONOR X7b. 

HONOR X8b Baharu Dengan Storan Besar 512GB Ditawar Pada Harga RM999

HONOR X8b dan HONOR X7b masing-masing akan ditawarkan pada harga RM999 dan RM799. Keuda-dua peranti tersebut didatangi dengan hadiah percuma HONOR Choice Earbuds X5 Lite yang bernilai RM139 dan akan dijual di kedai seluruh negara mulai 22 Disember 2023. 

HONOR X8b didatangi storan besar 16(8+8)GB + 512GB dan menjadi telefon pintar pertama dalam Siri X yang mempunyai kapasiti storan sangat besar. Oleh itu, harga RM999 adalah berbaloi dan amat sesuai bagi pengguna yang mahukan storan besar. 

HONOR X8b Baharu Dengan Storan Besar 512GB Ditawar Pada Harga RM999

Bagi HONOR X7b pula, peranti ini mempunyai kapasiti bateri gergasi 6000mAh dan mampu bertahan sehingga tiga hari dengan hanya sekali cas penuh. Setakat ini, HONOR X7b menawarkan kapasiti bateri terbesar dalam Siri X.    

Berikut ciri-ciri menarik yang ditawarkan HONOR X8b dan X7b kepada pengguna:

HONOR X8b – Storan Besar Yang Memuaskan

1. Storan Besar 512GB Untuk Menyimpan Fail

HONOR X8b mengetengahkan RAM 16(8+8) GB dan storan besar 512GB. Pengguna dapat menyimpan sehingga 124,000 gambar dan storan tersebut setanding dengan storan komputer riba. Ini memudahkan pengguna mengakses fail di hujung jari. Mencipta kandungan, perkongsian dan penggunaan semuanya dapat dilakukan dengan lancar. Dengan kapasiti besar ini dan harga jualan RM999, HONOR X8b amat berbaloi dalam kalangan jenama lain pada julat harga tersebut.

2. Keupayaan Fotografi Lanjutan yang Dikuasakan oleh Sistem Tiga Kamera

Beralih kepada kamera, HONOR X8b dilengkapi Kamera Hadapan Potret Spotlight 50MP dengan lampu sorot hadapan serta ciri Auto Switch Field of View (FOV) untuk menghasilkan swafoto menawan. Lampu sorot hadapan membolehkan pengguna menangkap swafoto dan gambar berkumpulan yang jelas di suasana pencahayaan rendah. Kamera akan bertukar kepada FOV yang lebih lebar agar latar belakang lebih luas, tangkapan gambar bersama rakan-rakan dan swafoto kini lebih menarik.

Peranti ini turut mengetengahkan Kamera Utama Ultra Jelas 108MP bersama sensor ISOCELL HM6 canggih untuk menghasilkan gambar yang jelas dan terang. Ia dilengkapi teknologi Nonapixel Plus baharu untuk meningkatkan prestasi kamera di cahaya rendah bagi menghasilkan gambar terang dan jelas di apa jua keadaan cahaya. 

3. Paparan AMOLED Pemalapan Bebas Risiko 

Bagi membuktikan komitmen terhadap pendekatan berpusatkan pengguna, HONOR sentiasa berusaha menyediakan teknologi keselesaan mata yang canggih kepada pengguna seperti Pulse Width Modulation (PWM) yang disediakan dalam HONOR X8b. Paparan AMOLED pemalapan bebas risiko ini mencapai sehingga 3240Hz bagi mengurangkan ketegangan mata sambil memberikan pengalaman menonton yang selesa walaupun di persekitaran cahaya malap. Peranti ini sememangnya sesuai bagi golongan yang sentiasa sibuk.

HONOR X8b Baharu Dengan Storan Besar 512GB Ditawar Pada Harga RM999

4. Rekaan Ultra Nipis 

HONOR X8b mengetengahkan rekaan yang menggabungkan kenipisan, mudah dan bergaya. Peranti ini sangat nipis iaitu hanya 6.78mm dan mempunyai berat 166g sahaja, menjadikannya telefon pintar paling ringan dan nipis dalam julatnya di pasaran. HONOR X8b mudah dimuatkan di dalam beg kepit dan beg tangan. 

Peranti ini direka khas bagi golongan yang menghargai gaya dan bahan. HONOR X8b ditawarkan dalam warna hijau Glamorous Green dan perak Titanium Silver. Varian Glamorous Green dihasilkan daripada kulit vegan yang lembut, sekaligus memberikan rasa elegan terhadap telefon pintar ini. Selain warna yang menarik perhatian, peranti ini turut selesa apabila digenggam.

5. Prestasi Lancar dengan Kapasiti 

HONOR X8b dikuasakan dengan cipset Qualcomm® Snapdragon® 680 4G untuk memberi pengalaman permainan yang teroptimum, fotografi menarik, strim video lancar dan audio terbaik. Kapasiti bateri 4500mAh membolehkan peranti ini berkuasa untuk tempoh lama serta pengalaman pengguna yang lancar. Ciri-ciri hebat ini sesuai untuk semua golongan pengguna. 

HONOR X8b Baharu Dengan Storan Besar 512GB Ditawar Pada Harga RM999

HONOR X7b – Keseronokan Sepanjang Hari

1. Bateri Tahan Lama untuk Penggunaan Sepanjang Hari 

HONOR X7b didatangi bateri kapasi ultra besar 6,000mAh dan menerima DXOMARK Battery Gold Label kerana mampu bertahan sehingga 3 hari dengan hanya sekali cas penuh. Peranti ini mampu bertahan sehingga 18 jam strim video, 24 jam melayari media sosial atau 69 jam strim lagu.  

2. Akses Tanpa Gangguan dan Kapasiti Storan Mencukupi 

Hadir dengan storan besar 256GB dan teknologi HONOR RAM Turbo, HONOR X7b menyediakan akses tanpa gangguan dan storan yang mencukupi. Tukar aplikasi dengan lancar dengan adanya RAM 8GB yang boleh ditambah kepada 16GB untuk menampung pengguna yang sering multitask. Storan 256GB mencukupi untuk menyimpan kira-kira 60,000 gambar, 24,000 lagi atau 950 video HD. 

3. Prestasi Fotografi Superior untuk Visual Jelas dan Tajam

Dengan Kamera Utama 108MP dan penderia 1/1.67 inci, HONOR X7b meningkatkan kemasukan cahaya untuk hasil gambar yang terang dan jelas, walaupun di keadaan cahaya malap. Mod Potret menyokong zum 2X untuk pengguna bebas menangkap pelbagai suasana.

4. Pembesar Suara Stereo Dual dengan Tambahan Volume 200% untuk Bunyi Mengasyikkan

Selami dalam pengalaman audio yang berkualiti tinggi dengan sistem bunyi stereo dual HONOR X7b. Nikmati mod volume kuat untuk panggilan jelas, video dan audio yang mengasyikkan serta navigasi yang lebih selamat.

5. Paparan FullView HONOR 6.8 inci 

Akhir sekali, HONOR X7b menampilkan Paparan FullView HONOR 6.8 inci dengan nisbah skrin ke badan 91.3%. Mengutamakan keselesaan pengguna, peranti ini didatangi ciri keselesaan mata terkemuka dalam industri seperti Paparan Malam Sirkadia dan Pemalapan Dinamik yang diperakui TÜV Rheinland untuk cahaya biru rendah.

HONOR X7b didatangi dalam dua warna pilihan menarik iaitu perak Flowing Silver dan hijau Emerald Green.

HONOR X8b dan HONOR X7b Peranti yang Berbaloi 

Pengguna yang mencari telefon pintar dengan kapasiti storan besar, jangka hayat bateri lama dan prestasi fotografi terbaik boleh memilih HONOR X8b dan juga HONOR X7b kerana kedua-duanya sememangnya berbaloi untuk dibeli.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X8b dan HONOR X7b, layari https://bit.ly/HONORX9bPR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALVIN CHONG

ALVN Tampil Dengan Irama Slow Rock Dalam Single Terrbaharu OVER AGAIN

TIKTOK

TikTok Menutup Tirai 2023 Dengan Acara Tahunan Bertema Camping di Terrra