in , ,

HONOR Bakal Lancar Telefon Paling Nipis dan Ringan di Malaysia

HONOR Malaysia menyambut 2024 dengan memperkenalkan telefon pintar flagship perintis baharu yang menggabungkan rekaan rapi, inovasi dan teknologi termaju.

Kedatangan peranti flagship tersebut telah diumumkan di Facebook rasmi HONOR Malaysia, hari ini dan adalah telefon pintar paling nipis dan ringan setakat ini.   

HONOR Thinnest and Lightest Phone_Teaser 3

Pilihan Terbaik Era Baru HONOR 

Peranti ini mengagumkan kerana memasuki era milimeter dan muncul sebagai Pilihan Terbaik Era Baru. Ia mencerminkan komitmen berterusan HONOR dalam melangkau sempadan inovasi bagi memastikan pengguna mendapat pengalaman generasi mendatang sebenar yang mengetengahkan peranti terbaik dalam teknologi telefon pintar pada masa kini.

HONOR Thinnest and Lightest Phone_Teaser 2

Nantikan pengumuman rasmi pada 3 Januari 2024 dengan mengikuti perkembangan HONOR di laman web dan Facebook rasmi HONOR Malaysia. Bersedia menyaksikan sebuah peranti yang bukan sahaja mencerminkan dedikasi jenama ini terhadap inovasi, tetapi turut menawarkan teknologi tiada tandingan dan serba boleh bagi pengguna yang mencari telefon pintar terbaik.

HONOR Thinnest and Lightest Phone_Teaser 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Komposer & Syarikat Label Boleh Tukar Penyanyi, Asalkan Bawa Dengan Baik

Lagu Berubah Berjaya ke AJL38, Bukti De Fam Masih Tetap Bersama