in

Harimau Hipster Terus Ungguli Super Spontan Superstar

Semakin mendapat sambutan hangat daripada penonton, Astro Warna sekali lagi telah membawakan program Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 selebriti popular yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi serta personaliti media sosial tanahair untuk merebut gelaran juara terunggul.

Berlangsung selama 10 minggu, Super Spontan Superstar telah menemukan dua kumpulan iaitu ‘Harimau Hipster’ dan ‘Monyet Mafia’ yang akan bertarung pada setiap minggu.

Super Spontan Superstar

Harimau Hipster menampilkan ahli kumpulan yang terdiri daripada Tauke, Abam, Syuk, Ozlyn, Jamal, Waris (tersingkir), Zulin Aziz (tersingkir) & Fad. Manakala Monyet Mafia pula terdiri daripada Johan, Achey, Ali Puteh, Altimet, Kamal Adli, Amyza Adnan (tersingkir), Zukiee (tersingkir) & Julia Ziegler (tersingkir).

Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disumbangkan kepada selebriti veteran ataupun selebriti yang memerlukan setiap minggu.




Minggu lalu, kumpulan Harimau Hipster telah berjaya mengungguli permainan dan Monyet Mafia terpaksa menyingkirkan pemainnya! Personaliti media sosial, Zukiee menjadi peserta seterusnya yang meninggalkan pentas Super Spontan Superstar. Harimau Hipster telah berjaya menyumbangkan ganjaran mingguan sebanyak RM 5,000 kepada pelakon wanita veteran iaitu Fauziah Abdul Samad.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik Terbaru EXO – Lotto Trending di Youtube Malaysia

Apple Lancar iPhone 7 & iPhone 7 Plus