in , , ,

HARI YANG KU TUNGGU Single Pertama Aiman Zaidi Sempena Hari Raya

Tahun 2021, kita masih lagi dibelenggu dengan pendemik dan suasana PKP dan SOP yang memberi impak besar terhadap industri khususnya industri hiburan.

Namun, ia tidak boleh menghalang kita untuk terus meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dinantikan setiap tahun. Jadi, pada tahun ini, Werkit Records telah menghasilkan satu karya baru sempena Hari Raya Aidilfitri yang bertajuk “Hari Yang Ku Tunggu”. Lagu ini juga merupakan single pertama Aiman Zaidi hasil ciptaan komposer terkenal iaitu Sharon Paul dan lirik pula oleh Dato A.Aida.

“Hari Yang Ku Tunggu” menjadi lagu tema OST drama komedi raya yang berjudul “Jom Mak Raya KL”. Drama komedi sebanyak empat episod akan akan ditayangkan pada hari raya pertama iaitu 13 Mei 2021. Drama ini dibintangi oleh artis terkenal seperti Andi Bernadee, Zara Zya, Azizah Mahzan, Bell Ngasri dan juga Kazar.

Lagu ini sudah boleh didengari di semua platform digital dan musik video boleh di tonton di YouTube Werkit Records.

*VERSE 1

Tidak

Sabar rasanya

menunggu tibanya hari raya

Setiap masa ku menghitung hari

Untuk aku bersua

denganmu

*PRECHORUS

Harilah raya

Hari yang aku tunggu

Untuk ku curahkan hasrat dihati

*CHORUS

Raya oh raya..raya Dia oh dia..dia… Oh dia…
Dia yang ku rindu

Kini berada didepan mataku

*REPEAT CHORUS *BRIDGE

Aku sayang kamu

Ambiklah hati keluargaku

Pohon restu

oooo

*REPEAT PRECHORUS & CHORUS

Aiman Zaidi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAMAL ADLI

Raya Tetap Ohsem Bersama Filem Menarik & Blockbuster di Awesome TV

Tawaran Jaringan Prihatin Terhebat Daripada Celcom Dengan Subsidi Sehingga RM360