in , ,

Hael Husaini Minta Maaf Awal-Awal Jika Tidak ‘Perform’ di Pentas SFMM 37

Mempunyai keunikan pitching suara tersendiri, bekas juara AJL ini konsisten untuk beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37

Sukar mencari penyanyi gantian, Hael Husaini memutuskan mendendangkan sendiri lagunya, Sama Seperti Dulu pada pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-37, esok.

Hael yang pada mulanya tidak mahu beraksi atas faktor masalah kotak suara dan gangguan pernafasan berpanjangan selepas dijangkiti Covid-19, awal bulan ini, terpaksa mengharungi detik itu biarpun mungkin sukar.

“Ketika lagu saya diumumkan bersaing pada SFMM37, saya berbelah bahagi akibat masalah kotak suara dan gangguan pernafasan.

“Jika persembahan biasa, saya tidak kisah… Ini pertandingan besar. Saya meminta pendapat pihak produksi, penasihat vokal dan syarikat rakaman sebelum membuat keputusan.

“Saya tidak pernah tarik diri kerana mahu lagu ini bertanding biarpun didendangkan penyanyi gantian.

“Namun, saya gagal mendapatkan pengganti kerana kesuntukan masa. Selepas berfikir panjang, saya setuju beraksi semampu yang boleh asalkan lagu saya lepas ke SFMM37,”

– Hael Husaini

Hael yang mengungguli AJL32 dan AJL33 memohon doa peminat agar lagu Sama Seperti Dulu yang dicipta bersama Iqie Hugh dapat dipersembahkan dengan baik, esok.

“Kemampuan nyanyian saya agak menurun ketika ini. Namun, saya berjanji cuba memberi yang terbaik.

“Saya ingin minta maaf awal-awal jika banyak kekurangan kelak,”

– Hael Husaini

Hael juga terbuka menerima komen peminat selepas melihat dirinya beraksi di pentas SFMM37.

“Saya tidak dapat mengawal komen dan pendapat penonton atas persembahan saya. Apa-apa pun, saya terima sahaja dan hormat pendapat semua orang.

“Saya hanya ingin memenuhi tanggungjawab sebagai penyanyi dan komposer lagu itu bersama Iqie… Doakan saya iya,”

– Hael Husaini

Sebanyak 30 lagu bersaing merebut 12 tempat pada AJL37.

Jangan terlepas untuk saksikan 30 buah lagu yang akan bersiaran langsung di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) pada 25 dan 26 November ini, Jumaat dan Sabtu, jam 3 petang di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Hotel Terbaik Di Selangor Untuk Percutian Bulan Madu Yang Romantik!

VIU

Viu Malaysia Umum Lima Viu Original Karya Asli Untuk Tahun 2023