in

Gossip Pelakon Drama Tidak Professional

Sampai bila diorang ni nak bergaduh? Mmm…

SOSEH SOSEH: Kata-kata, hati tak seiring

SS selalu dengar kata-kata artis yang mereka bersikap profesional apabila digandingkan dengan ‘musuh’ mereka. Ada pelakon tidak kisah berganding dengan bekas suami atau bekas kekasih atas nama profesional. Kata-kata sama diucapkan artis jelita ini apabila bakal digandingkan dengan pelakon yang pernah dikaitkan dengan dirinya, kononnya orang ketiga hingga merosakkan kebahagiaannya.

Apa yang SS dengar sebaliknya apabila artis ini biarlah SS namakan sebagai A, dari awal lagi sudah bagi tahu produser meminta supaya tidak dipertemukan dengan artis itu (artis B). Sebagai menghormati permintaannya, produser ini cuba sedaya upaya supaya mereka tidak bertembung di lokasi sama.

SS difahamkan, suatu hari perkara itu tidak dapat dielakkan apabila kedua-dua mereka terbabit di lokasi sama tetapi produser ini masih cuba pastikan jadual mereka tidak bertembung. Maknanya, walaupun A dan B berlakon di bawah satu bumbung tetapi mereka tidak akan bertemu. Bila selesai saja babak A, barulah tiba giliran B.

Tapi biasanya sudah adat dalam mana-mana produksi drama, jika penggambaran yang sepatutnya untuk A bermula jam 1 petang manakala B jam 4 petang, tapi apabila penggambaran ditangguhkan kerana pelbagai masalah seperti cuaca dan kru memerlukan masa untuk siapkan set, penggambaran A hanya bermula jam 3 petang.

Pelakon B pula menyedari dirinya perlu berada di lokasi jam 4 petang, tiba lebih awal untuk buat persiapan. Apabila A menyedari pelakon B ada di situ, apa lagi mengamuklah dia. SS difahamkan, A meninggalkan lokasi penggambaran tanpa menyiapkan babaknya pada hari itu. Tiada apa yang mampu dilakukan produser itu, hanya terlopong sajalah menyaksikan drama realiti di depan matanya.

Tambah membuatkan produser ini melopong apabila dapat tahu artis A tidak kisah pula apabila pelakon B sama-sama menjayakan satu pertunjukan catwalk bersama. Dalam hal ini, SS tidak tahu hendak kata apa. Tapi memang SS akui ramai artis sebenarnya propa saja lebih. Mulut kata ok tapi hati tak ok. Kalau tidak, tiadalah masalah ini timbul.

Tapi SS tabik dengan sesetengah artis yang dari awal lagi mengaku tidak bersedia berlakon dengan bekas kekasih atau isteri kerana tidak mahu menimbulkan masalah. Tapi tidak ramai bersikap begini. Yang ramai mengaku tiada masalah tapi sebenarnya ada masalah. Kalau benar-benar profesional, takkan perkara menimpa A boleh berlaku. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem PISAU CUKUR

Top 5 Muzik Muzik Separuh Akhir Minggu Ke-2