in

Gossip Amylea Azizan Sentap Dengan Aziz Desa

SUDAH lama CAK perhatikan hubungan keruh antara seorang penyanyi baru dengan personaliti TV berpengalaman. Bermula dengan gelaran ‘duta Langkawi’ yang diberi secara spontan oleh personaliti itu kepada penyanyi baru berkenaan, ia bertukar menjadi perang mulut yang masih berlarutan hingga ke hari ini.

Aziz kini memikul tanggungjawab sebagai pengacara Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9 manakala penyanyi baru itu pula adalah Amylea, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketiga.

Ketika berkunjung ke TV9 baru-baru, CAK terserempak dengan Aziz. Sempatlah berbual beberapa perkara, termasuk cerita panas semasa. Dalam rancak bersembang, terkeluar cerita lama, isu tidak puas hati Amylea bila dikaitkan sebagai orang Langkawi lupa diri hingga mendapat kritikan pedas pengacara NLKO itu.

Difahamkan, kritikan itu benar-benar buat Amylea terguris hati hingga meminta Aziz memohon maaf kepadanya. Jelas Aziz kepada CAK, dia ada alasan sendiri mengapa dia membidas Amylea.

Bagi CAK sudah-sudahlah, perkara ini sudah lama berlaku. Bukankah lebih baik jika segera cari jalan penyelesaian. Tak baik bermasam muka lama-lama, apatah lagi arena hiburan tanah air tidaklah sebesar mana. Pusing-pusing jumpa balik.

Sempena Ramadan yang hampir menjelang, eloklah bermaaf-maafan. Tak gitu?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Pelakon Kerap Tukar Kekasih

Gossip Artis Pokai Lari Tak Bayar Sewa