in

Yang Anda Patut Tahu Tentang GENTLEMEN’S TONIC

Gentlemen’s Tonic, sebuah rangkaian kedai gunting rambut dan spa yang khusus untuk lelaki, ala tradisional berkonsepkan urban yang diasaskan di metropolitan elit Mayfair, kota London pada tahun 2004.

Ia juga pengeluar rangkaian produk penjagaan kulit serta dandanan untuk jejaka. Sebagai jenama terkemuka yang telah merangkul pelbagai anugerah, Gentlemen’s Tonic kini meluaskan tapaknya untuk memperkenalkan produk-produk keluarannya menerusi pembukaan premis terbaharu di Kuala Lumpur.

Facade 2

Pembukaan Rasmi Gentlemen’s Tonic di Kuala Lumpur, Malaysia

[dropcap]R[/dropcap]angkaian kedai antarabangsa ini yang telah menapak di bandar-bandar ternama seluruh di dunia, kini telah menembusi pasaran baru di Asia Tenggara, di mana permintaan untuk dandanan lelaki berkembang dengan begitu pesat. Kuala Lumpur merupakan lokasi kedua Gentlemen’s Tonic di Asia, selepas Hong Kong yang ditubuhkan pada tahun 2011.

Gentlemen’s Tonic ialah premis dandanan mewah serba eksklusif untuk jejaka yang menawarkan perkhidmatan profesional, maskulin, dengan penuh ketelitian, sekaligus menaikkan imej perkhidmatan dandanan lelaki di Malaysia ke suatu tahap yang baru. Gentlemen’s Tonic merupakan penyelesaian yang paling sesuai untuk kehidupan zaman moden yang penuh dengan tekanan dan kesibukan. Dengan elemen nostalgia yang diserlah dengan aura kemodenan, tema Gentlemen’s Tonic ini memberikan suatu pengalaman dandanan yang ternyata menenangkan.

Facial 1

[pullquote align=“left”]Sebaik sahaja pelanggan menjejakkan kaki ke Gentlemen’s Tonic, mereka dimanjakan dengan fasiliti dan kemudahan bertaraf premium oleh kakitangan berdedikasi dan berkemahiran tinggi.[/pullquote]

Sajian minuman, bahan bacaan serta alunan musik yang tenang ditawarkan sewaktu pelanggan mendapatkan perkhidmatan sambil berehat dalam suasana yang tenang dan santai, Gentlemen’s Tonic menawarkan menu yang direka khusus untuk rawatan bagi jejaka moden, merangkumi perkhidmatan ,mencukur dan gunting rambut termasuk rawatan muka.

Pakar pakar nya juga menyediakan perkhidmatan mereka bentuk janggut, mewarna dan dandanan unik – sekaligus memastikan para jejaka tampil segar, segak dan bertenaga apabila mereka melangkah keluar daripada Gentlemen’s Tonic.



Perkhidmatan Gentlemen’s Tonic

Perkhidmatan Gunting Rambut
Matlamat utamanya ialah untuk memberikan satu pengalaman dandanan tradisional yang dipadankan dengan fasiliti moden. Pelanggan bakal menikmati kemewahan ruangan gunting rambut yang luas dengan alunan muzik yang santai, sambil diberikan khidmat eksklusif oleh kakitangan yang berpengalaman dan mahir. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk cukuran basah, memotong janggut, merapikan rambut dan kulit kepala, menggunting dan mewarnakan rambut serta urutan yang memberi kelegaan kepada kepala, leher dan bahu.

Haircut 3

Dandanan
Khidmatan dandanan untuk jejaka yang merangkumi rawatan muka, rawatan tona, membuang uban dan rawatan kuku yang menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit dan dandanan Gentlemen’s Tonic yang terkemuka.

How Towel Shave 12

Gaya Hidup
Gaya hidup yang sibuk memberikan kesan negatif ke atas fizikal dan mental seseorang. Justeru, rawatan gaya hidup yang ditawarkan bertujuan memberikan ketenangan menerusi teknik urutan santai yang pelbagai.

VIP room 4

Produk Gentlemen’s Tonic

Rangkaian produk Gentlemen’s Tonic Babassu & Bergamot dihasilkan 100% dengan bahan semula jadi di UK. Haruman unik yang menggabungkan pati Indonesia Patchouli dengan kesegaran sitrus lemon Sicilia, bergamot dan lavender memberikan suatu pengalaman yang menenangkan.

Manakala, produk Gentlemen’s Tonic Advanced Derma-Care adalah rangkaian produk kosmeseutikal pertama yang dirumuskan untuk kulit jejaka. Terdiri daripada 6 barisan produk, rangkaian yang disasarkan untuk penyelesaian anti-penuaan ini digunakan di semua premis antarabangsa Gentlemen’s Tonic serta di kebanyakan hotel hotel dan spa spa terkemuka dunia.

Produk-produk keluaran Gentlemen’s Tonic dibangunkan dengan tempoh lima tahun menerusi penyelidikan, ujian dan pembangunan saintifik melalui kerjasama daripada salah sebuah makmal bebas terkemuka di Eropah. Ia dirumuskan daripada bahan-bahan aktif semula jadi yang berkesan termasuk kombinasi yang dipilih dengan teliti terdiri daripada peptida dan asid amino, nutrien bio-tersedia dan protein pintar.

Gentlemen’s Tonic dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Untuk mendapatkan pengalaman dandanan jejaka yang serba mewah ini, sila kunjungi Gentlemen’s Tonic di D5-G3-03 Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan, sila layari www.gentlemenstonic.com

treatment room 1

Mengenai Gentlemen’s Tonic
Diasaskan oleh seorang jejaka berketurunan Perancis-Amerika, Olivier Bonnefoy pada tahun 2004, Gentlemen’s Tonic ialah kedai gunting rambut merangkap spa urban lelaki tradisional yang unik dan telah memenangi anugerah. Sebagai sebuah premis yang eksklusif untuk jejaka sahaja, Gentlemen’s Tonic menawarkan khidmat premium untuk guntingan rambut, dandanan dan rawatan gaya hidup dan perkhidmatan terpilih. Gentlemen’s Tonic juga mengeluarkan produk dandanan jejaka tersendiri, Babassu dan Bergamot, yang dilancarkan pada 2008, rangkaian haruman Eau de Toilettes, serta rangkaian kosmeseutikal Advanced Derma-Care yang dilancarkan pada 2014.

reception 3

PROFILES

Fiqri Hylmanshah, Managing Director, Gentlemen’s Tonic, Malaysia.

Fiqri Hylmanshah is a young and motivated entrepreneur working hard for his success. Started his entrepreneurship at only 19 years old with guidance of his father, an ex military officer, involved in skills training. With interest in men’s grooming he founded Ramlee’s Sports Barberclub a sport concept barbershop located at Section 16 Shah Alam. He later expanded another 3 outlets in Klang Valley.
As his hunger for success and challenges fire in his blood he saw a potential in expanding his business in a high end business men grooming business venture. Whilst laying up his enhancement business concept he found the opportunity to establish Gentlemen’s Tonic UK brand in Malaysia.

No turning back, he puts lots of effort and energy to make these ventures a success even though he has limited experience and small team to venture at this scale. His youthfulness, energy, willing to ask around, confidence make up his strength for this success business ventures.

Chris Bonnefoy, Director, Gentlemen’s Tonic, Asia

Chris has been associated with Gentlemen’s Tonic since it’s founding in 2004. He is currently based in Hong Kong. He has closely worked on many of the milestones for the company, including its global expansion as well as the creation of the award-winning Babassu & Bergamot grooming range in 2008 and the Advanced Derma-Care cosmeceutical range in 2014. The Asian market is a key focus for Gentlemen’s Tonic, both in terms of growth and consumer base and this new opening in Kuala Lumpur forms the cornerstone of the company’s strategy in Southeast Asia.

reception 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Selebriti Pilihan dalam THE HOUSE Musim Ke-2

Drama AMSYAR Lakonan Elly Mazlein & Redza Rosli