in ,

Gambar Selebriti di Karpet Merah di KL International Film Festival 2007

Sebanyak 168 buah filem pelbagai genre dipertandingkan di Kuala Lumpur International Film Festival 2007 menjadikan temasya filem sulong ini begitu sukar untuk dilupakan. Walaupun ada pihak yang mengatakan penganjurannya bagaikan satu pesta filem ‘kampung pisang’ atau sekadar melepaskan batuk ditangga, namun bagi Budiey festival filem yang dianjurkan oleh FINAS ini berjaya mencapai matlamat dan tahap kualitinya.

Walaupun Malam Anugerah KLIFF tampak tidak bergemerlap dan semeriah mana, namun saya kira ini satu permulaan yang baik. Dengan acara red karpet yang tidak berapa ramai pelakon tempatan di jemput, siap dengan orkestra di luar dewan dan jamuan koktail sejurus selepas selesai acara… tampak segalanya berjalan dengan lancar. Meriah atau tidak, KLIFF sudah tamat.

Tahniah buat semua pemenang Anugerah di KLIFF termasuklah filem 1957: Hati Malaya mewakili Malaysia. Rasa saya persembahan selingan yang tidak meleret serta hos yang tidak bebas merepek dan merapu, melengkapkan siaran langsung tanpa over run terlebih masa.

Dengan mengenengahkan budaya pelbagai kaum di Malaysia di mata dunia, KLIFF pada tahun hadapan akan lebih besar dan meluas temanya. Ketika sidang media, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Minister of Malaysian Culture, Arts and Heritage (KeKKWa) telah menetapkan pada 5 tahun akan datang, KLIFF akan menjadi wadah bagi mewujudkan persahabatan antara negara di seluruh di dunia menerusi filem. Seterusnya menjadikan jentera komersial bagi memperkenalkan budaya dan filem Malaysia dengan mempelajari teknik yang lebih canggih. Katanya, pada tahun hadapan sebuah filem usahasama Malaysia dan Indonesia berjudul Cinta akan dilancarkan.

Berikut antara foto-foto karpet merah di Kuala Lumpur International Film Festival 2007.

2081302920 6De20A18Be O | 4

Siapa ni? Nak tahu siapa, sila tengok gambar paling bawah… hhehehe, seksi giler pelakon ni kan?

2080492429 7Fd74C0798 O | 5

Syarifah Amani; pelakon 1957 Hati Malaya

2081280182 41F39A518D O | 6

Nadia; seksi tu…

2080497891 Bea1A11C3E O | 7

Anita Sarawak & suami; persembahan terbaik di Malam Anugerah KLIFF, membawa lagu-lagu dari filem Dream Girls. Budiey suka semua!

2080498815 Efc87257A7 O | 8

Pelakon cermin yang masih mesra kamera walaupun dilanda gossip!

2081289350 0749Cda906 O | 9

Mustapha Kamal

2080506479 2359F55520 O | 10

Fazura; Budiey suka dengan gayanya yang ingin lari dari gaya seksi yang menjolok mata.

2081295030 D3B93923A5 O | 11

Datuk Jalaluddin Hassan

2080512553 C37Bc19579 O | 12

Que Haidar aka Mr Bling-Bling, Raja Vest Malaysia

2080514423 923Ff1775B O | 13

Maya Karin; ayu dan the enchanted; mempersonakan?

2081300910 D0D22C8280 O | 14

Sazzy Falak; hos red karpet.

2080513519 54038A3561 O | 15

Ini dia pelakon yang seksi itu… Ida Nerina.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Live & Loud: Tayangan Perdana Anak Halal @ Kuala Lumpur International Film Festival

Anna Anisimova Anak Jutawan Rusia ke Hollywood