in , ,

Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri

Pada jam 2 petang tadi telah berlangsung, Budiey ikut sama menyertai Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media Filem Lu Fikirlah Sendiri de Movie di Cathay Cineplex, Cineleisure Damansara.

Pelakon utama filem ini, Puteri Sarah Liyana juga turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis tayangan untuk media dan penaja ini. Berpakaian merah jambu dan berseluar hitam dengan mata yang galak bercontact lens, gsys Puteri Sarah Liyana nampak sempurna.

Nampaknya, filem kedua ini menjadi pengubat hatinya apabila filem pertamanya, Aduh Saliha tergendala. Namun, amat dikesali apabila gambar beliau tiada dalam poster. Walhal, Puteri Sarah Liyana adalah pelakon utama filem ini. Alasannya, gambar Mila dan Nabil adalah pelaris untuk filem ini. Dalam filem ini memang scene untuk Mila tak banyak kerana Mila hanya memegang watak adik kepada Nabil.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Konsert Roket Destinasi Bintang

Sekitar Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media Lu Fikirlah Sendiri de Movie