in ,

Frekuensi Kool FM Kini Di Kota Bharu & Alor Setar

Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) baru-baru ini telah mengumumkan peluasan frekuensi stesen terbaharu mereka, Kool FM ke Kota Bahru dan Alor Setar. Kota Bharu mula menerima siaran stesen itu pada 5 Oktober melalui frekuensi 88.6 FM manakala siaran di Alor Setar bermula pada hari ini dengan frekuensi 107.3 FM.

Faizal Ismail, Fara Fauzana & AG Bergabung Semula di Kool FM.

Frekuensi Kool FM Kini Di Kota Bharu & Alor Setar

[dropcap]P[/dropcap]eluasan frekuensi ini dilihat sebagai positif dalam usaha menyediakan pilihan alternatif kepada pencinta muzik tanahair dan Kool FM bakal ke udara secara menyeluruh di semenanjung menjelang akhir 2016 nanti.

Sejak dilancarkan, Kool FM telah menerima pelbagai respons serta komen membina daripada pelbagai pihak dan selanjutnya telah mengukuhkan kedudukan stesen itu dengan jumlah pendengar seramai *hampir 700,000 mingguan.

RRMP menggunakan pendekatan yang berlainan dan pelbagai dalam meletakkan Kool FM di posisi sekarang. Variasi aktiviti serta acara kolaborasi bersama Hot FM turut dirancang untuk memberikan impak positif kepada pendengar serta rakan-rakan perniagaan Kool FM. Selain itu, pengisian yang segar turut digunakan untuk sentiasa berada dekat di hati pendengar.

Antara lain, “Super Karoks” yang telah berjaya meraih undian terkumpul 7,331,711 sepanjang program tersebut berlangsung selama 3 minggu sahaja.




Turut aktif di laman media sosial, Facebook rasmi Kool FM kini telah mencapai lebih 92,000 pengikut dan di Instagram pula, seramai lebih 70,000 telah dikumpul.

Untuk rekod, Kool FM telah dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2016 melalui dua frekuensi 101.3FM di Lembah Kelang dan 90.2FM di Pulau Pinang dan mensasarkan pasaran pendengar berumur di antara 25-44 tahun. Kuala Terengganu mula menerima siaran Kool FM pada Jun Lalu dengan frekuensi 93.6 FM.

*Hampir 700,000 pendengar mingguan – GFK Radio Audience Measurement, Survey 2, 2016

Frekuensi Kool FM Kini Di Kota Bharu & Alor Setar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Deen Asimi Muncul Dengan Single Kedua LUKA

Konsert Minggu Pertama Gegar Vaganza Musim Ketiga Bakal Menyengat?