in ,

Founder Tuntut Hutang, Dakwa Penyanyi & Pengasas Kosmetik Pinjam RM150,000

Nama pengasas produk ESW yang juga pempengaruh media sosial, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin), kembali hangat dalam kalangan warganet apabila melakukan beberapa posting panas sejak kebelakangan ini membabitkan seorang selebriti yang juga penyanyi dan pengasas kosmetik.

Iddin mendakwa, dia telah ditipu sebanyak RM150,000 oleh selebriti tersebut dan suami, untuk membayar satu perkhidmatan, namun selepas wang diberikan pasangan itu sepi seribu bahasa serta mengelak dari bertemu atau berhubung.

“***** dan suami sila pulangkan duit saya! Tempoh dua minggu diberikan untuk kamu berdua jelaskan hutang sebanyak RM150,000 sudah tamat. Sekarang lebih tiga minggu, satu sen duit pun saya belum terima.

“Saya ada bukti surat peguam mereka yang bertarikh 7 Jun 2023, antara lainnya menyebut anak guaman mereka berjanji untuk membayar wang kepada saya sebanyak RM150,000 secara berperingkat bermula tarikh 14, 20 dan 25 Jun, dengan jumlah sekali transaksi RM50,000.

“Oleh kerana jaminan surat dari peguam,  saya ambil pendekataan berdiam sepanjang Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan melihat sejauh mana komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya seperti dijangka mereka  mungkir janji.

“Pasangan ini siap pukul canang kononnya mereka difitnah. Fitnah apa bendanya, semua bukti ada!,” kata Iddin.

Dakwa Iddin lagi, perbuatan khianat selebriti tersebut dan suami yang sebelum ini merupakan sahabatnya, terbongkar selepas dia memuat naik satu video pada 1 Jun yang lalu.

Video yang dikongsikan menerusi peranti Tiktok (Iddinsyah.Esw) dengan jumlah tontonan sebanyak 904,900 itu, memaparkan beliau baru sahaja selesai membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara, menuntut agar wangnya segera dikembalikan oleh pengasas terbabit dan suaminya.

Iddin mendakwa, pasangan suami isteri itu bukan sahaja mensasarkan dirinya sebagai mangsa, tetapi turut ‘kenakan’ lingkungan rakan-rakan pengasas produk yang rapat dengannya termasuk menipu ramai cawangan pengedar mereka sendiri yang selama ini membantu mengembangkan pasaran produk mereka.

“Ramai yang dah terkena, ramai yang datang mengadu kepada saya, dimana sebahagiannya membenarkan saya membuat perkongsian di Tiktok.

“Bukan main lagi ‘show off’ kehidupan mewah, pergi sana-sini, berjoget sana-sini, joli sana-sini, duk tunjuk dekat orang kononnya mereka kaya dan gah sangat! Perangai serupa dengan t*ik!

“***** dan suami tolong pulangkan duit aku dan semua kawan-kawan yang kau khianat!,” dakwa Iddin dalam satu temubual.

Ekoran kegagalan selebriti itu dan suaminya untuk menjelaskan bayaran mengikut tarikh yang ditetapkan, Iddin merancang untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini yang turut disertai mangsa-mangsa pasangan suami isteri ini.

“Saya dan pihak guaman sudah siap siaga dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka jika tidak mengembalikan wang saya dalam kadar segera,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Realiti INNOVATHON Realisasikan Impian Rakyat Malaysia 

Tentang Anuar Zain 40th Anniversary Concert AZ40 di Stadium Malawati