in

Fly like a Superstar AirAsia Tawar Tiket Serendah RM169

AirAsia, syarikat penerbangan rasmi bagi filem ‘Kabali’ yang dibintangi pelakon terkenal Rajinikanth, mengumumkan promosi eksklusif ‘Fly like a Superstar’ dengantambang termasuk semua dari serendah RM169* sehala ke semua destinasi di India dari Kuala Lumpur.

Promosi eksklusif ‘Fly like a Superstar’ bermula Isnin, 27 Jun 2016 hingga 3 Julai 2016 dan untuk tempoh perjalanan serta-merta dari 28 Jun sehingga 24 November 2016. Promosi ini boleh ditempah secara online di airasia.com serta aplikasi mudah alih AirAsia iPhone dan Android, dan web mudah alih mobile.airasia.com.

AirAsia

Promosi khas “Fly like a Superstar” ke semua destinasi AirAsia dan AirAsia X di India dari serendah RM169* sehala

AirAsia Berhad (kod penerbangan AK) mengendalikan penerbangan terus ke Bengaluru, Chennai, Hyderabad, Kochi, Kolkata, Tiruchirappali (Trichy) dan Visakhapatnam (VTZ), manakala AirAsia X Berhad (kod penerbangan D7) terbang terus ke bandar New Delhi. Selain daripada tambang promosi ke semua laluan di India, tambang rendah juga disediakan untuk bandar-bandar antarabangsa lain seperti Guangzhou, Krabi, Lombok, Ho Chi Minh City, Siem Reap, Pulau Pinang dan bandar-bandar lain dari serendah RM39 * sehala!

AirAsia juga memperkenalkan hidangan baru iaitu ‘Kabali Vegetarian Briyani’ di dalam menu dalam semua penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia Berhad (kod penerbangan AK) mulai 1 Julai. Hidangan khas ini boleh didapati untuk pra-tempah dengan harga pengenalan RM9.90 sahaja.

AirAsia

Mr Spencer Lee, Ketua Komersil AirAsia Berhad berkata, “sekarang semua orang boleh terbang seperti superstar ke India, dan menikmati hidangan briyani yang lazat pada aras 34,000 kaki!

Memperkenalkan hidangan terbaru AirAsia, “KABALI Vegetarian Briyani”

“Kemeriahan di sekitar “Kabali” telah membolehkan kami untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang bertemakan filem tersebut dan kami gembira dapat menawarkan tambang promosi khas yang akan membolehkan tetamu AirAsia untuk ‘Fly like a Superstar’ ke destinasi kegemaran mereka di India dengan tambang dari serendah RM169 * sehala. Selain itu, kami berbesar hati untuk memperkenalkan “Kabali Vegetarian Briyani” di dalam kesemua penerbangan AirAsia Berhad,” tambahnya.

Tetamu digalakkan untuk pra-tempah makanan mereka secara online untuk penjimatan lebih dan mengelakkan sebarang kekecewaan dan memastikan makanan pilihan mereka disediakan semasa penerbangan. Pra-tempah makanan boleh dilakukan sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan melalui airasia.com melalui tab ‘Urus Tempahan Saya’.

Para tetamu juga boleh mendapatkan Mata Ganjaran BIG apabila membuat tempahan penerbangan menggunakan program kesetiaan AirAsia BIG dan MasterCard prabayar BIG (sifar pemprosesan yuran dan dompet pelbagai Mata Wang) mereka dan menggunakan Mata Ganjaran BIG yang diperolehi untuk menebus secara percuma penerbangan AirAsia dan penginapan hotel! Untuk maklumat lanjut mengenai MasterCard prabayar BIG, sila layari bigprepaid.com.

Selain daripada tambang promosi, para tetamu juga boleh terus berhubung sepanjang penerbangan mereka dengan roKKi Wi-Fi dalam pesawat penerbangan terpilih! Tetamu dapat menikmati 10 x Mata Ganjaran BIG AirAsia apabila mereka membeli roKKi Chats atau pelan Internet dari RM9 sahaja. Untuk membeli, sila layari roKKi.com/buy.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua adalah untuk penerbangan sehala termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

立即发布

“如巨星般飞翔”特别优惠 – 亚航及亚航长程所有印度航线
优惠全包单程票价从169令吉*起
隆重推介亚航餐点“KABALI印度素食Briyani香饭”

雪邦,2016年6月26日 – 亚航作为万众期待由印度巨星Rajinikanth主演《KABALI》电影的官方航空宣布推出“如巨星般飞翔”特别优惠。从吉隆坡飞往所有印度航线的优惠全包单程票价只从169令吉*起。

“如巨星般飞翔”的特别优惠将从2016年6月27日(星期一)开始至2016年7月10日截止。乘客即可从6月28日至2016年11月24日期间出发。促销机位可在AirAsia.com、iPhone和Android手机应用程序以及流动网 mobile.airasia.com订购。

马来西亚亚航(航班代号AK)提供直飞航班至班加罗尔、金奈、海得拉巴、柯枝、加尔各答、蒂魯吉拉帕利(特利奇)和维萨卡帕特南(VTZ),而乘坐亚航长程(航班代号D7)可直飞至新德里。此促销优惠除了开放予所有前往印度的航线外,同时也开放给飞往其他国际城市的航线,如广州,甲米,龙目岛,胡志明市,暹粒,槟城等,优惠全包单程票价低至RM39*起!

亚航也同时推介“KABALI印度素食Briyani香饭”并已列入提前预订飞行餐单中。此特别餐点可从7月1日起于所有马来西亚亚航(航班代号AK)营运的航班预订,推介价格为9令吉90仙。

亚航商务主任李德龙说:“如今每个人都可如巨星般飞至印度并在海拔3万4千尺高空中巡航的同时享用可口的素食餐!”

“配合万众期待《KABALI》电影的上映我们也推出以电影为主题的周边活动,为亚航乘客带来特别促销机位以让他们能‘如巨星般飞翔’ 通过低至169令吉*的优惠全包单程票价前往所喜爱的印度航点。另外,我们也非常高兴能够为所有马来西亚亚航航班推出“KABALI印度素食Briyani香饭”,”他补充道。

亚航建议乘客提前于网上预订餐点以避免餐点售罄的失望,并确保在飞行期间可享用他们首选的餐点。乘客最迟于航班出发前24小时在亚航官网airasia.com通过“管理我的预订”功能提前预订餐点。

乘客也可在订购机票的同时通过BIG 忠实计划和BIG Prepaid万事达卡(零服务费并可承载多种货币的电子付费卡)累积BIG积分。乘客也可利用已累积的BIG积分兑换免费亚航机位和酒店住宿!欲了解更多BIG Prepaid万事达卡的资讯请浏览bigprepaid.com。

除促销机位外,乘客也可以在特定航班的航程中通过roKKi无线上网与朋友保持联系!乘客只需购买9令吉起的roKKi聊天或互联网计划配套,并可同时获得10亚航BIG积分。欲知更多详情或订购请浏览roKKi.com/buy。

透过亚航社交媒体网站如推特(twitter.com/AirAsia)及面子书(facebook.com/AirAsia)以跟进亚航的最新动态。

*此优惠全包票价已含机场税,为单程票价,须符合条规。
*** 完 ***

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Butik Jenama Fesyen Terkenal Korea SHOOPEN Bakal Dibuka di Malaysia

Empat Filem Tayangan Khas Aidilfitri Ini di RTM