in ,

Filem Animasi The Enchanted di TV2

Filem Hujung Minggu : Animasi The Enchanted di TV2

Peminat filem-filem fantasi Walt Disney pastinya mengingati watak comel lakonan Amy Adams yang ‘menghidupkan’ watak seorang puteri dongeng dikenali sebagai Puteri Giselle dalam filem The Enchanted yang pernah popular sekitar tahun 2007.

Filem arahan Kevin Lima yang turut mengetengahkan watak lakonan hebat Patrick Dempsey, Susan Sarandon, Timothy Spall, James Marsden, Idina Menzel dan Rachel Covey ini bakal menemui penonton setia slot Friday Nite On 2 pada 21 Oktober 2011, jam 12.00 malam di TV2.

ENCHANTED

Filem The Enchanted merupakan produksi Disney yang terhebat untuk tahun 2007 dengan menggabungkan 3 elemen iaitu fantasi, komedi dan muzikal, filem ini sangat menghiburkan. Kisah dongengan yang cukup mengasyikan dan membuai perasaan ini membuat penonton melupakan alam realiti buat seketika.

Jalan cerita bagi The Enchanted, berdasarkan komik Disney yang terkenal, iaitu Snow White, tetapi The Enchanted diberikan olahan yang berbeza dan disuntik dengan elemen zaman moden yang memberikan satu perspektif yang berlainan.

The Enchanted bermula sebagaimana kartun terbitan Disney yang tipikal, di mana animasi Puteri Giselle (Amy Adams) bertemu pemuda kacak bernama Prince Edward (James Marsden) dan kedua-duanya membuat rancangan untuk merancang hidup bersama dan bahagia selama-lamanya.

Walau bagaimanapun, kehadiran ibu Edward, Queen Wicked (Susan Sarandon) telah menjadi batu penghalang dimana Giselle terpaksa berpisah daripada terus bersama teman lelakinya itu. Begitu pun Giselle tetap tabah menghadapi dugaan mendatang dalam kehidupan sehariannya di Manhattan.

Pada masa yang sama, Giselle bertemu dan mendapat layanan baik daripada seorang peguam yang baik hati bernama Robert (Patrick Dempsey) dan anak perempuannya, Morgan (Rachel Covey). Namun hakikatnya kemunculan Giselle telah menyebabkan berlakunya salah faham dan perselisihan faham antara Robert dengan teman wanitanya, Nancy (Idina Menzel).

Segalanya berubah apabila Prince Edward memutuskan untuk datang ke New York bagi menyelamatkan Giselle. Ternyata usahanya tidak mudah apabila apabila Ratu Wicked telah menghantar penjahat untuk menggagalkan rancangannya.

Persoalannya bolehkah pandangan buku cerita romantik kembali dhidupkan dalam dunia sebenar? Segalanya bakal terjawab apabila anda meluangkan masa menyaksikan filem fantasi muzikal ini hanya di TV2 patahlagi kerana anda turut diselitkan dengan muzikal lagu-lagu menarik antaranya “That’s How You Know”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Peserta VOKAL Bukan Sekadar Rupa

Paintball World Cup Asia 2011