in ,

Festival Fotografi Exposure+ Photo Bermula Pada 21 September Hingga 1 Oktober

Festival Fotografi Exposure+ Photo Kembali Meriahkan Kuala Lumpur Dengan Pameran Foto Di Pelbagai Lokasi Dan Acara Berkaitan Seni Foto Bermula 21 September – 1 Oktober 2023

Dengan tema ‘A Different Light’, ia bakal menampilkan 20 artis dari seluruh dunia termasuk Malaysia justeru membuktikan kesungguhan penganjur menghasilkan serta memupuk fotografer bertaraf antarabangsa dari kalangan generasi baru.

Setelah kejayaan penganjuran kali pertama pada Februari 2022, festival fotografi EXPOSURE+ PHOTO kini bersedia untuk festival kedua yang dijadualkan bermula pada 21 September selama dua minggu sehingga 1 Oktober 2023. 

Pengasas festival tersebut yang juga merupakan jurugambar tersohor, Steven Lee dan Nadirah Zakariya, menegaskan bahawa EXPOSURE+ PHOTO adalah inisiatif bebas dengan konsep akar umbi, dan beroperasi sebagai sebuah non-profit melalui kolaborasi aktif bersama para penaja, rakan kerjasama dan para penyokong festival tersebut. 

EX+P Main poster

Mengekalkan format pameran di pelbagai lokasi di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, festival ini turut meluaskan misinya dengan mendedahkan jurugambar Malaysia kepada konsep open call (panggilan terbuka) yang dibuka kepada semua yang berminat di seluruh dunia. Ini termasuk juga program yang direka dengan kelainan dan pastinya segar agar ia dapat memberikan inspirasi kepada sesiapa sahaja yang terlibat terutamanya para pengunjung. 

​Dikenali sebagai The Open Call 2023, panggilan kepada semua jurugambar dari seluruh dunia untuk menghantar permohonan telah dilancarkan pada Januari 2023 dengan tema ‘A Different Light’. 

NADIRAH_HIRES
Nadirah Zakariya

Menurut Nadirah Zakariya, pengasas bersama EXPOSURE+ PHOTO yang baru sahaja selesai mempersembahkan pameran solonya yang ketiga di Kuala Lumpur dan menerima sambutan hangat, berkata, “Fokus festival ini adalah mengenengahkan projek fotografi termasuk video yang dekat dengan hati dan jiwa audiens festival di mana pengalaman peribadi dan penceritaan disatukan secara visual dalam bentuk ekspresi fotografi. Tema yang dipilih penganjur adalah cukup luas untuk diinterpretasikan dalam genre fotografi yang berlainan dan boleh dianggap sebagai tema yang boleh dibawa ke pelbagai arah”.

Steven Lee, seorang lagi pengasas bersama festival EXPOSURE+ PHOTO dan amat dihormati di dalam industri fotografi berkata, “Saya berbangga untuk mengumumkan bahawa kami menerima lebih dari 160 permohonan dari seluruh pelusuk dunia walaupun festival ini boleh dianggap baru di kalangan komuniti kreatif global. Daripada jumlah ini, panel juri kami terdiri dari nama-nama besar industri termasuk Ihiro Hayami, pengarah T3 Photo Festival Tokyo dan Carol Körting, editor foto majalah LFI (Leica Fotografie International) telah berjaya memilih 20 artis dengan projek yang memberikan impak terbesar. Sebagaimana 11 artis yang dipilih tahun lepas, hasil karya mereka akan dipamerkan di lokasi yang berbeza di sekitar Kuala Lumpur”. Program lain seperti bengkel, reviu portfolio, bual bicara, forum dan berbagai acara lain berkaitan fotografi juga akan diadakan untuk menyokong penganjuran festival dan terbuka kepada umum.

“Kami ingin berterima kasih kepada para penaja, rakan kerjasama, penyokong festival ini samada dalam atau di luar talian dari serata dunia; serta rakan-rakan dan keluarga yang telah bersama kami sejak idea tentang penganjuran festival ini pertama kali diutarakan. Tanpa bantuan serta motivasi dari mereka, festival ini pasti tidak dapat diadakan sebagaimana yang dirancang. Bagi pihak penganjur festival, saya ingin menjemput semua peminat seni fotografi terutamanya rakyat Malaysia untuk mengunjungi festival ini di lokasi-lokasi yang ditetapkan dan mengambil bahagian di dalam program yang telahpun dirancang,” kata Steven penuh semangat. 

STEVEN_HIRES
Steven Lee

EXPOSURE+ PHOTO bermatlamat untuk menggalakkan fotografi sebagai satu cabang seni dan ekspresi di Malaysia. Dengan menyediakan platform bagi penggiat seni fotografi mempamerkan hasil kerja mereka, pengunjung yang datang berpeluang menyaksikan sendiri kehebatan, kepentingan serta kuasa yang ada pada sesuatu imej sebagai satu cara berkomunikasi. Slogan EXPOSURE+ PHOTO adalah ‘Photography For All’ atau ‘Fotografi Untuk Semua’ dan kami berharap agar festival ini dapat menjadi rujukan sebagai pemangkin dunia moden dalam dunia fotografi terutamanya di rantau ini. and a reference of a modern day catalyst of the world of photography especially in the region.

Ikuti laman media sosial EXPOSURE+ PHOTO  untuk menerima berita serta informasi terbaru tentang festival ini. 

Instagram – @exposureplusphoto

Facebook – https://www.facebook.com/groups/exposureplusphoto

X – https://twitter.com/ExpPlusPhoto

Linked In – https://www.linkedin.com/company/exposureplusphoto/ 

Atau layari laman sesawang di  www.exposureplusphoto.com

ABOUT EXPOSURE+ PHOTO

BEHIND THE NAME: EXPOSURE+

Steven Lee is the Founder of the Kuala Lumpur International Photo Awards (KLPA). He established the photo mentoring-programme EXPOSURE+ in 2013, with the aim of helping photographers conceptualise and create visually challenging and strong photography projects. 

Participants of the EXPOSURE+ Mentor program received assistance from accomplished photographers and had opportunities to exhibit their works locally and internationally. More than 30 photographers were guided through the mentorship program before it was paused in 2018.

EXHIBITING ARTISTS

EXPOSURE+ PHOTO (All from The Open Call 2023, both local and international)

AIMAN SAROR

ALISA MARTYNOVA

ANDRÉS PERÉZ

CHEN LONG WEN

FEDERICO ESTOL

FION HUNG CHING YAN

FRANCESCO MERLINI

JIMMI WING KA HO

JOY CHAN

JUSTIN TAY REN ZHI

KASIA ŚLESIŃSKA

LAURENCE CABANTOUS

MOE SUZUKI

NICHOLAS SHEUM

REBECCA BOWRING

SHAN SHAN LIM

SINSEE HO

THEYVAPAALAN JAYARATNAM

YUDAI NINOMIYA

For information on individual artist’s profiles and exhibition program, please visit:
http://www.exposureplusphoto.com

EXHIBITION VENUES

GMBB

REXKL

BookXcess

LOKL Coffee Co

High Street Studios (HSS)

KLoé Hotel

Triptyk

Kantata

The Zhongshan Building

Zontiga

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neonate & SVG Worldwide Berkolaborasi Anjurkan Acara Street Glare 2023 

Ulasan Telefon Pintar HONOR 90 Lite, Buka Kotak, Ciri Menarik & Terkini!