in

Eyeja & EOne Pengacara Malam Kemuncak Gah 1 Akhir

EYEJA DAN E’ONE BERGABUNG KENDALIKAN MALAM KEMUNCAK GAH 1 AKHIR

Dan pemenangnya adalah … Pengumuman itu cukup dinantikan semua dalam setiap anugerah yang menyaksikan peranan seorang pengacara majlis begitu penting. Pemilihan yang tepat tidak dinafikan menyumbangkan kejayaan acara yang dianjurkan kerana sepanjang majlis kehadiran individu penting atas pentas ini berperanan besar dalam menghidupkan suasana.

Gabungan dua pengacara remaja yang bermula pangkal namanya dengan aksara ’E’, Eyeja dan E’one bakal menggalas tanggungjawab memeriahkan Malam Kemuncak Gah 1 Akhir pada 30 Mei ini dimana kedua-duanya dipertemukan buat pertama kalinya menjayakan anugerah pengiktirafan lagu-lagu terbaik yang sebelum ini lebih dikenali Hits 1 itu.

Melewati enam musim lalu, pertandingan akhir berprestij yang dinilai oleh juri-juri profesional ini pernah menyaksikan kemunculan artis terkenal Azwan Ali, E’one, Nabila Huda, Beego, Danny X-Factor, Annahita Bakavoli dan Dia Fadila sebagai pengacara anugerah lagu berprestij RTM ini.

Jaclyn Victor

Pertama kali diadakan di pentas terbuka di Taman Tema Air Sunway Lagoon, pertandingan ini menyaksikan persaingan hebat antara Misha Omar (Cinta Adam dan Hawa), Azharina Azhar (Rawan), Stacy (Pakai Buang), Tomok (Rindu Terhenti), Faizal Tahir (Bencinta), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Menggegar Dunia (Stacy dan Adam) selain dua kumpulan 6ixth Sense (Khatimah Cinta) dan Grey Sky Morning (Cinta Gila).

Empat anugerah yang dipertaruhkan pada malam kemuncak ini adalah Anugerah Lagu Terbaik, Lagu Tempat Kedua, Persembahan Terbaik dan Lagu Paling Popular Pilihan SMS.

Nantikan pertaruhan mereka dalam merebut Anugerah Lagu Terbaik hanya di Malam Kemuncak Gah 1 Akhir pada 30 Mei 2010 bermula jam 8.30 malam yang akan menemui peminat-peminat muzik tanahair secara langsung di saluran TV2 selain turut bersiaran di Saluran ASTRO 180 Muzik Aktif.

EYEJA ARSHAD … pengalaman pertama

Selesa disapa Eyeja Arshad, pemilik nama sebenar Shahizal Mohd Arshad, 27, yang pernah diangkat namanya menerusi Pertandingan Bintang RTM 2004 ini begitu teruja dan berdebar-debar menantikan malam kemuncak Gah 1 apatahlagi ini pengalaman pertamanya mengendalikan anugerah lagu yang cukup dinantikan peminat setia artis-artis bertanding ini.

Ternyata kepercayaan diberikan RTM kepada anak gadis kelahiran Negeri Sembilan ini membuatkannya begitu bersemangat untuk digandingan dengan pasangannya, E’one dalam mengendalikan majlis gemilang ini. Malah Eyeja berkongsi perancangannya untuk menggunakan masa yang ada sebelum tiba tanggal 30 Mei ini untuk berbincang dengan E’one dalam membentuk kesefahaman dan sekaligus memastikan kelangsungan majlis berjalan dengan meriahnya.

Kembali menghangatkan industri muzik dengan singles terbaharunya bertajuk Prasangka, Eyeja memastikan dirinya mendalami lagu-lagu yang bertanding supaya tidak kekok di pentas ketika cuba memperkenalkan lagu itu kelak selain berbincang dengan penerbit, Serena Salleh dari sudut mana yang perlu diberikan lebih perhatian.

Pengacara program Legasi dan Destinasi Etnik, Sarapan Apa, Aroma Pagi dan Lagu Tiga Kupang ini juga pastinya mahu menggunakan pengalaman yang ada dalam bidang pengacaraan dan muncul dengan gayanya tersendiri untuk menarik perhatian menguasai penonton supaya tidak dibandingkan dengan pengacara-pengacara sebelum ini.

Memilih Faizal Tahir sebagai calon pemenang pilihannya, Eyeja berjanji untuk melakukan yang terbaik dan cuba menjadi diri sendiri malah penyanyi yang pernah berlakon di pentas Teater Muzikal Kembang Layarku dan Teater Malam Tujuh Drama Tujuh Duri (monolog Nangislah Anak) ini berharap mampu menggalas kepercayaan diberikan RTM ini sepanjang siaran langsung majlis ini.

E’ONE … teruja buat pertama kalinya kendali Gah 1 Akhir di pentas terbuka

Berbeza pula situasinya dengan E’one yang diberi kepercayaan buat kali ke-tiga terpilih menjadi program akhir ini. E’one dengan penuh keyakinan mahu memberikan persediaan mental dan fizikal yang terbaik apatah lagi ini kali pertama majlis anugerah ini diadakan di pentas terbuka dimana Sunway Lagoon telah menjadi pilihan.

Pengacara bernama penuh Mohd Syazwan Roslan ini menyimpan hasrat mahu meneruskan legasi kemeriahan pencapaian anugerah yang terdahulunya dikenali sebagai Hits 1 ini. Apatahlagi dirinya mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada penerbit, Serena Salleh untuk mendapatkan skrip seawal yang mungkin supaya dapat berlatih lebih awal bersama teman gandingannya, Eyeja Arshad.

Berpegang kepada persefehaman dan toleransi kerana tanpa kunci itu sesuatu majlis itu akan terserlah kekurangnya, E’one, 26, beranggapan persediaan sebelum tampil ke pentas itu cukup penting. Segalanya supaya apa yang disampaikan itu diterima dan disenangi khalayak penonton sepanjang majlis berlangsung.

Ditebak dengan soalan siapakah artis yang bakal melayakkan diri menggondol juara Gah 1, E’one ternyata memilih Faizal Tahir dari segi penyampaian vokal namun persembahan terbaik baginya pula bakal menjadi milik mutlak Azharina Azhar dengan lagu popularnya, Rawan. Begitu pun segalanya diserahkan kepada pihak juri yang lebih layak menilai siapakah yang terbaik malam itu.

Anak muda lulusan Ijazah Sarjana Muda Perisian Komputer Teknologi Maklumat, MMU ini pada masa sama menyambut baik usaha RTM dengan perubahan yang berani dilakukan untuk menjayakan majlis ini di pentas terbuka Sunway Lagoon. Sekaligus baginya RTM kini semakin mengorak langkah untuk seiring dengan citarasa penonton dan peminat yang gemarkan majlis yang santai dan di samping mendekatkan lagi jarak artis dengan peminat yang hadir.

Adibah Nor

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Stacy Duta Clinelle Kereta Peugeot 307 Kemalangan

Rentak Juara Suku Akhir 3: Superfriends Lahir 4 Pemuzik Terbaik