in , ,

Exists Sumbang RM20,000 Hasil Jualan Tiket Konsert Bantu Golongan Anak Seni

TIDAK hanya sekadar menghibur peminat, konsert Exists X Orkestra yang berlangsung pada malam Jumaat diadakan dengan tujuan bagi mengumpul dana untuk membantu anak seni yang memerlukan.

Kumpulan terkenal Exists berbesar hati apabila menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez bagi membantu anak seni yang memerlukan.

Sumbangan yang dikumpul itu adalah hasil daripada kutipan RM10 daripada setiap pembelian tiket konsert Exists X Orkestra yang berlangsung di Mega Stars Arena, malam tadi.

Vokalis kumpulan Exists iaitu Ezad Lazim mewakili anggota kumpulannya terdiri daripada Ajai, Ujang, Musa dan Along ketika memberikan ucapan, menzahirkan penghargaan kepada 6,000 penonton yang hadir meraikan konsert tersebut.

Exists Sumbang RM20,000 Hasil Jualan Tiket Konsert Bantu Golongan Anak Seni

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudir hadir meraikan konsert Exists X Orkestra. Kehadiran anda semua amat kami hargai,”

– Ezad Lazim

Selain Ezad, turut menyerikan persembahan yang berlangsung selama dua jam itu adalah vokalis asal Exists iaitu Mamat.

Konsert yang berlangsung meriah itu menyaksikan Exists, diketuai oleh Ezad dan Mamat, mempersembahkan 24 lagu popular mereka secara bergilir-gilir.

Antara lagu hit sepanjang zaman yang dinyanyikan ialah Masih Terserlah Ayumu, Hilang Dalam Ramai, Untukmu Ibu, Julia, Jesnita, Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Mama Tolonglah.

Selain itu, persembahan yang diiringi Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menyaksikan band yang mencipta fenomena sekitar tahun 1990-an itu turut menyanyikan semula lagu Rindu Serindu Rindunya dendangan asal kumpulan Spoon dan Tak Mungkin Berpaling Slam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Next Big Thing! Santan Bawa Jenama Tempatan Terbang Tinggi 

Syafie Naswip Selamat Bergelar Suami Nur Afiqah Dengan Sekali Lafaz