in ,

Episod Akhir Love You Mr Arrogant Cecah 4.6 Juta Penonton

Drama bersiri “Love You Mr Arrogant” yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3 sejak 25 September 2013 telah menjadi drama pilihan nombor Satu di kalangan penonton Malaysia dengan catatan kadar tontonan sebanyak 3.7 juta penonton pada episod finalenya yang ke-26. Lebih teruja, episod akhir “Love You Mr Arrogant” memecah rekod dan mencatat sejarah sepanjang siaran dengan berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.2 juta (18 TVR) atau 56% syer penonton (Total 4+) (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara keseluruhannya, kadar tontonan episod akhir “Love You Mr Arrogant” telah mencecah 4.6 juta penonton sepanjang siaran dari jam 7.00 petang – 8.00 malam pada 7 November 2013.

Salah satu babak dalam drama Akasia, 'Love You Mr Arrogant'

Episod Akhir Love You Mr Arrogant Cecah 4.6 Juta Penonton Rekod Baru Tercipta! Tahniah TV3!

[dropcap]E[/dropcap]pisod akhir “Love You Mr Arrogant” juga menguasai 80% jumlah penonton Melayu berbanding stesen-stesen televisyen yang lain (Malays 4+). Lebih membanggakan, ia juga mencatat jumlah penonton tertinggi iaitu 1.9 juta penonton, bersamaan 65% di kalangan pelanggan ASTRO. Ini terus mengukuhkan lagi kedudukan terunggul TV3 di semua platform iaitu saluran TV percuma, saluran TV berbayar dan digital media.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, “Petang di Malaysia kini bertukar kepada petang Akasia hanya kerana setiap petang bermula Isnin hingga khamis, semua penonton di Malaysia akan melekat di TV3 demi menonton slot Akasia kerana banyak drama-drama di slot ini menyimpan rekod rating tertinggi seperti Nora Elena, Tentang Dhia, Setia Hujung Nyawa, Teduhan Kasih, Cinta Jannah dan yang paling terkini “Love You Mr Arrogant” yang berjaya mencipta sejarah tontonan paling tinggi. Alhamdulillah, sebuah lagi drama bersiri dari slot Akasia “Love You Mr Arrogant” telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dan menjadi buah mulut penonton Malaysia sejak bersiaran pada 25 September 2013. Kami teruja dan amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga drama bersiri slot Akasia yang bersiaran pada waktu petang ini memperoleh syer penonton sebanyak 56.1% dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.6 juta. Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami dan TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara. Kami akan terus komited untuk menyajikan program-program hanya yang terbaik dan bermutu untuk tontonan semua. “

Bukan sahaja di kaca televisyen, “Love You Mr Arrogant” juga mendapat sambutan hangat di laman sosial Twitter dimana setiap minggu ia menjadi trending terutama episod terakhir di mana #LYMA trending di posisi nombor 1 di Malaysia. Di Tonton (www.tonton.com.my) pula, “Love You Mr Arrogant” berjaya mencatat tontonan tertinggi dalam sejarah dengan 4.9 juta sepanjang musim termasuk episod akhir. Selain itu, sempena siaran episod terakhir pada 7 November 2013, LIVE CHAT bersama pelakon utama iaitu Azlee Khairi dan Zara Zya di www.tv3.com.my/LYMA mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih dari 13,000 peminat.

Drama bersiri “Love You Mr Arrogant” sebanyak 26 episod terbitan Primesworks Studios ini diadapatasi dari novel hasil karya seni Aliesha Kirana, diarahkan oleh Eoon Suhaimi dan nukilan skrip oleh Chinta Nadeepha, Lee Chonz serta Mahbob, membariskan pelakon-pelakon yang mampu menjiwai watak dengan begitu berkesan sekali seperti Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias dan ramai lagi. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #LYMA untuk sebarang perbualan dan komen.

Selepas ‘Love You Mr Arrogant’ melabuhkan tirainya pada hari Khamis yang lepas, saksikan sebuah lagi drama bersiri hebat adaptasi novel popular ‘Playboy Itu Suami Aku’ terbitan Temenggong Pictures bermula 11 November 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod arahan Azmi Hata dan nukilan skrip oleh Wan Mahani membariskan pelakon-pelakon popular seperti Fattah Amin, Nur Risteena, Cha Cha Maembong, Wan Sharmila, Noralbaniah, Dilla Ahmad, Puteri Najuwa, Jay Iswazir, Khairil Anwar dan ramai lagi pasti membuatkan anda melekat di hadapan TV anda!

Akasia - Poster Love You Mr Arrogant

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Animasi FROZEN

Masterchef Malaysia All Stars Tampil Selebriti Popular