in ,

Drama Terbaik di TV1 Sempena 2010

3 DRAMA TERBAIK DI TV1 KHAS TAHUN BAHARU 2010

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangnya menjadi pilihan utama penggemar drama Melayu untuk menyaksikan drama-drama menarik yang dihidangkan kepada mereka terutama ketika hujung minggu. Justeru dalam memenuhi permintaan penonton setia salurannya, RTM menyiarkan tiga telemovie khas termasuklah Lambaian Kasih pada 1 Januari 2010, jam 10.31 pagi, Panggung 1 : Dosa Semalam pada 2 Januari 2010, jam 3.00 petang dan Panggung Ahad : Cinta Anak Kedah pada 3 Januari 2010, jam 11.05 pagi yang kesemuanya disiarkan menerusi TV1.

Dibintangi Eman Manan, Nik Nelydia, Anne Abdullah, Mubarak Majid, Zakari Yusof, Roy Azman dan Ummi Nazeera, telemovie Lambaian Kasih berkongsi kisah Zabidin, bekas pegawai kerajaan yang dipenjara 6 tahun atas kesalahan rasuah. Selepas 6 tahun Zabidin dibebaskan, hanya Salimah bekas kekasihnya, bekas GRO yang menyambut kepulangannya.

4224581943 F447618025 | 4

Zabidin menemui anak lelaki sulungnya, Amirol yang telah berkahwin dengan anak seorang jutawan. Zabidin mencari anak bongsunya Suzana namun tidak berjaya. Sementara itu, Zabidin berjumpa rakan sekerjanya dulu, Murad. Murad terlepas dari tangkapan. Zabidin menuntut janjinya pada Murad. Murad memberi 50 ribu ringgit kepada Zabidin untuk memulakan hidup baru.
 
Salimah yang tidak bekerja sebagai GRO telah membuka kedai jahitan dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan bersama anaknya, Amelia. Zabidin pulang ke kampung, di mana rumahnya yang sudah lama kosong ditinggalkan sejak kematian isterinya, Zubaidah. Zabidin menemui Murad untuk mendapat informasi tentang anak bongsunya, Suzana. Zabidin akhirnya dapat mengesan Suzana. Zabidin dapat berjumpa Suzana yang dalam keadaan khayal dan mabuk. Ternyata Suzana menyembunyikan peristiwa ‘hitam’ yang membelenggu dirinya tanpa pengetahuan orang lain.

4225350530 D26657E01A O | 5

Dosa Semalam mengetengahkan kisah selepas diceraikan, kehidupan Aziah (42 tahun), pemilik sebuah firma pengiklanan, menjadi tidak keruan kerana didesak dan diganggu oleh bekas suaminya, Fazli (44 tahun) yang mahukan mereka berkahwin semula. Bagaimanapun Aziah enggan kerana dia sudah serik hidup bersama Fazli, seorang yang cemburu buta dan panas baran. Gangguan berterusan Fazli menyebabkan Aziah mengalami tekanan perasaan dan terpaksa mengambil ubat penenang.

Akibat dari gangguan perasaan, Aziah terpaksa berdepan pula dengan sikap tidak yakin anaknya, Shasha (15 tahun) terhadap kemampuan dirinya mengurus diri serta keluarga. Beberapa dakwaan Aziah terhadap pembabitan Fazli dalam usaha memporak-perandakan kehidupan mereka, dianggap satu ilusi oleh Shasha. Ini menyebabkan Shasha menjadi semakin rapat dengan Fazli dan sekaligus makin membimbangkan Aziah kerana dia tidak mahu Fazli menggunakan Shasha bagi tujuan mencapai matlamat Fazli untuk berkahwin semula dengannya. Dosa Semalam lakonan Haliza Misbun, Zaefrul Nadzarine, Jesse Lim, Janet Khoo dan Zarynn Min.

Jika anda peminat setia drama sarat komedi usah ketinggalan menyaksikan telemovie Cinta Anak Kedah lakonan Azzad Jazmin, Azzarima, Zulkifli Zain, Normala Omar dan Yusmal Ghazali mengisahkan Muzani adalah seorang usahawan korporat muda yang berjaya. Dia mengalami satu fenomeno psikologi yang unik. Apabila dia berdepan dengan perempuan yang diminatinya, dia akan jadi mengelabah.

4224581735 Fa2170Aafc O | 6

Muzani bertemu dengan Atikah. Muzani terpaksa menyamar sebagai kecil kedi di Kelab Golf semata-mata untuk berkenalan dengan Atikah. Namun percintaan antara Muzani dan Atikah mendapat halangan dari Zaidan yang turut sama mencintai Atikah. Mak Teh, ibu Atikah memilih Zaidan menjadi menantunya kerana menyangka Zaidin anak orang berada.

Akhirnya latar belakang Muzani terbongkar. Pada mulanya Atikah tidak menerima Muzani kerana menyangka Muzani telah menipunya. Namun masih adakah ruang di hati Atikah untuk menerima cinta Muzani?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Twitter Via SMS

Konflik Remaja Dalam Drama Januari di RTM