in

Drama Bersiri KERAMBIT Arahan Zul Huzaimy

Sedang bersiaran mengisi slot Selektra Prima di TV2, drama bersiri bertajuk “Kerambit” arahan pelakon Zul Huzaimy, kisah nyata mula mendapat reaksi positif penonton yang rata-ratanya berminat mengikuti kisah penyiasatan pasukan polis menyamar yang penuh aksi mendebarkan ini.

drama bersiri Kerambit di TV2

Cabaran Pasukan Polis Undercover Dalam Drama Bersiri “Kerambit” Arahan Zul Huzaimy Di TV2

Disiarkan setiap Selasa hingga Khamis, pukul 9.00 malam, drama 26 episod terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini menyaksikan lakonan mantap Eman Manan sebagai Rahman, Putri Najwa (Misha), Fauzi Nawawi (Baim), dan Adam Corrie juga turut menampilkan Zul Huzaimy menghidupkan watak Faizol.

Ikuti pelbagai kisah penyiasatan berlatar belakangkan politik tentang sekumpulan pengganas dipanggil “Gang Nada” yang menculik seorang duta Indonesia di Kuala Lumpur. Agen polis bernama Rahman ditugaskan untuk menyelesaikan tuntutan dan menyelamatkan duta itu. Rahman berjaya menawan pengganas tersebut di sebuah ladang kelapa sawit. Kesemua pengganas ditembak mati ketika serbuan dijalankan. Duta tersebut juga turut menjadi mangsa terkena tembakan tetapi terselamat.

Kes seterusnya mengisahkan dalam sebuah rompakan, empat perompak telah membunuh seorang pengawal keselamatan dan melarikan diri dengan anak perempuannya (Anis) sebagai tebusan. Mereka berkurung di dalam sebuah gudang yang usang. Salah seorang daripada perompak itu bernama Rosli telah jatuh hati pada Anis. Ini mencetuskan pertelingkahan dalam kumpulan perompak itu. Akibat dari pertelingkahan tersebut, Agent polis bernama Rahman dapat menyelinap masuk dan menangkap dua orang perompak dan membunuh dua perompak lagi. Anis berjaya diselamatkan.

Rahman kemudiannya menyiasat kematian seorang joki kuda (Isa) akibat kemalangan. Hasil dari siasatannya, Rahman mendapati bahawa kematian Isa bukanlah satu kemalangan tapi dibunuh. Pembunuhan itu telah dirancang oleh sebuah organisasi perjudian haram yang ingin mengaut keuntungan dari kematian tersebut. Rahman dapat membongkar organisasi perjudian haram itu dan menyelamatkan nyawa seorang lagi joki bernama Anang.
Cerita mengisahkan kegiatan curi kereta yang sedang berleluasa dilakukan oleh sekumpulan samseng diketuai oleh Ricco di Kuala Lumpur. Rahman turut menjadi mangsa apabila keretanya dicuri. Rahman berjaya mengesan seorang suspek pencuri kereta bernama Sudin. Walaupun Sudin dijadikan suspek utama tetapi Sudin tidak membocorkan rahsia. Ricco membelasah teruk Sudin untuk dijadikan pengajaran kepada ahli yang lain.

Perempuan simpanan Ricco bernama Jessica yang selama ini hidup dalam ketakutan kerana sikap kejam Ricco telah melarikan diri bersama Sudin. Mereka bersepakat untuk mendedahkan kegiatan haram Ricco kepada Rahman. Namun ianya dapat dihidu oleh Ricco. Ricco telah menyorokkan kereta curi ke suatu lokasi lain. Daripada “Hantu Polis” Rahman dapat tahu di mana tempat kereta curi disorokkan. Rahman berdepan kumpulan Ricco. Berlaku pergelutan antara Rahman dan kumpulan Ricco. Nasib Rahman baik apabila pihak polis tiba dan berjaya menyelamatkan Rahman. Kegiatan curi kereta berjaya ditumpaskan dan Rahman berjaya mendapatkan keretanya semula.

Kisah berikutnya tentang Patrick seorang kaki judi telah diminta untuk menjadi saksi kepada satu kes kemalangan kereta. Namun hakikatnya ialah Patrick adalah pembunuh sebenar. Kawan Patrick bernama Simon angau dan sentiasa cuba untuk menggoda isteri Patrick bernama Lily. Perbuatan Simon telah menimbulkan rasa marah dan cemburu terhadap Patrick. Patrick mencipta satu kemalangan untuk membunuh Simon. Agent Polis bernama Rahman dapat membuktikan bahawa kemalangan tersebut adalah satu pembunuhan yang dilakukan oleh Patrick. Patrick menjadikan Lily sebagai tebusan untuk melarikan diri. Rahman mengejar jejak Patrick dan berjaya menangkapnya.

Setelah itu Rahman dikehendaki menyiasat satu kes pembunuhan terhadap Nordin, pemilik kelab malam). Nordin mempunyai seorang perempuan simpanan bernama Yasmin. Yasmin adalah seorang penagih dadah. Rahman berpura bermain cinta dengan Yasmin untuk mendapatkan maklumat terhadap pembunuhan itu. Suspek utama adalah Yasmin. Segala bukti menunjukkan kearah Yasmin tetapi Rahman tidak percaya kepada bukti yang ada. Yasmin dilaporkan hilang atau melarikan diri. Rahman terus menjejak dan berhadapan dengan Halim. Pada suatu malam Halim pernah berjumpa Nordin meminta Nordin melepaskan Yasmin supaya dia dapat memperisterikan Yasmin. Di perjumpaan itu, Nordin mengutuk Halim hingga tersentuh ego dan maruah Halim. Halim marah dan tanpa niat telah membunuh Nordin. Rahman berjaya menyelesaikan kes pembunuhan Nordin.

Ikuti banyak lagi kes yang berjaya diselesaikan pasukan polis menyamar yang diketuai oleh Rahman ini di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

babak dalam Kerambit lakonan Eman Manan dan Adam Corrie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Media Filem BoboiBoy The Movie Berlangsung Hari Ini

Drama Ekspedisi Cinta Lakonan Shah Jaszle & Lia Natalia