in

Dokumentari DAULAT TUANKU Di TV3

Institusi Raja-raja Melayu di Malaysia adalah warisan budaya yang sebati dalam masyarakat Melayu sejak lebih 600 tahun lalu. Salah satu bahan sejarah yang perlu disanjung, TV3 dengan bangganya mempersembahkan Dokumentari “Daulat Tuanku” yang bertemakan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” meninjau hubungan pemerintah Melayu dan rakyat dalam pelbagai ruang kehidupan.  

Dokumentari 8 episod yang bakal disiarkan tidak lama lagi di TV3 mengupas keistimewaan dan kepentingan pelbagai bentuk dan artifak kebesaran kerabat seperti matawang, sastera, warkah, gambar foto, cop mohor dan setem. Uniknya, penggam baran dokumentari ini juga merangkumi istana-istana dan koleksi kesultanan Melayu di Malaysia dan juga United Kingdom.

Temubual eksklusif bersama Raja-raja Melayu, pakar akademik dari dalam dan luar negara dan warga Malaysia pelbagai kaum yang memperkatakan mengenai hubungan istimewa raja dan rakyat di alaf baru juga turut dipaparkan.

Jangan lupa, akan datang ke kaca TV anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fabulous Cats Pakaian & Style Paling HOT di Hot FM Big Jam 2009

Quill, What A Hero, Summer I Love You, My Tutor Friend 2 di 8TV