in , ,

Dituduh Sebab Ditahan Polis Gara-Gara Positif Dadah, Ini Jawapan dari Zarina Anjoulie

Netizen ni jangan pandai tuduh je, nak tuduh tu kenalah besertakan sekali dengan bukti.

Betulkah Anju (Zarina Anjoulie) yang ditahan polis sebab positif dadah? Itu antara komen peminat pada sesi siaran langsung yang dibuat pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie di Instagram, malam ini. Bagaimanapun, Zarina tidak menjawab soalan itu sebaliknya memaklumkan dia berada di rumah sejak semalam.

“Dari semalam memang di rumah,”

– Zarina Anjoulie

Sesi yang diikuti lebih 6,000 pengguna Instagram dalam tempoh kurang lima minit itu ditamatkan kerana Zarina mahu berdandan dan mencantikkan diri sebelum mahu bersiaran langsung sekali lagi.

Malah, Zarina secara berterus-terang juga mahu menggunakan kesempatan yang ada ketika namanya kembali tular untuk membuat ulasan produk di Instagram.

“Alang-alang tengah ‘viral’, semua kecoh, baik buat IG (Instagram) ‘review’ dan bantu orang. Lagi berfaedah.

“Anda bagi saya masa 15 minit, bagi saya cantikkan rambut sekejap dan saya kembali lagi. Saya nak buat ‘live’ dengan kekasih juga nanti,”

– Zarina Anjoulie

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

“Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

– Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman

Katanya, suspek diberi jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemain Bass Tony Spider Meninggal Dunia di Studio Rakaman Luncai Emas

TRAVEL

Koleksi Fesyen Baju Raya Melinda Looi 2021 Bertemakan KAWAN