in , ,

Digelar Kaki Kencing, Aisar Khaledd Mohon Maaf Kalau Ada Beri Harapan

Nama pempengaruh terkenal, Aisar Khaledd tiba-tiba panas apabila ada netizen mendakwa Aisar melakukan sindiket penipuan.

Katanya, Aisar Khaledd banyak kali berjanji untuk memberikan hadiah kepada pengikut media sosialnya tetapi janji hanya tinggal janji.

Sedar namanya menjadi sebutan, Aisar menerusi hantaran di Instagram memohon maaf jika dirinya ada memberi harapan kepada sesiapa.

Aisar mengaku meminta pengikut media sosial atau penonton live komen perkataan tertentu dan akan berkongsi rezeki dengan mereka.

Digelar Kaki Kencing, Aisar Khaledd Mohon Maaf Kalau Ada Beri Harapan

Tetapi, dia hanyalah orang biasa dan rezeki yang dikongsi setakat yang mampu sahaja.

Dia berjanji akan perbaiki kesilapan diri dan melakukan yang terbaik untuk semua selepas ini. Katanya lagi, dah 3 tahun Aisar membuat content begini dan tiada masalah yang timbul.

Saya nak minta maaf kalau sebelum ni saya ada terbagi harapan. Sebelum ni takde masalah mungkin ada beberapa isu membuatkan isu ni panas.
Nombor dua saya nak minta maaf kalau ada terlepas pandang, mungkin ada yang patut dapat RM 50 ke RM 100 ke saya terlepas pandang.

– Aisar Khaled

Tambahnya, baru-baru ini sahaja kecoh dan mungkin ada kesilapan dari pihaknya sendiri. Dia berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik agar dia dapat terus membantu golongan yang memerlukan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer Marvel’s What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Hael Husaini Lancar Album Sulung ANTONIM (PART I), Ada 6 Lagu Yang Best!