in ,

Dayang Nurfaizah Lega Konsert Virtual Sukses Walaupun Mencabar

Dayang Nurfaizah menyifatkan showcase virtual yang dijayakan di YouTube, semalam, sebagai pengalaman tidak dapat dilupakan sepanjang dua dekad bergelar anak seni.

Biarpun ringkas, namun, Dayang atau nama penuh, Dayang Nurfaizah Awang Dowty menyifatkan projek hasil kerjasama Indigital Music, Donna dan Hot FM itu sangat mencabar.

“Penggambaran persembahan itu dilakukan di rumah Dayang. Tidak mudah kerana Dayang perlu merakam visual sendiri.

“Mujur dibantu anak saudara untuk memainkan muzik. Kalau tidak, memang tak cukup tanganlah hendak mengendalikannya.

“Walaupun mencabar tetapi Dayang seronok. Projek ini suatu pengalaman paling menarik buat Dayang sejak menjadi penyanyi,”

– Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah Raya

Beraksi kira-kira 30 minit dengan mendendangkan lima lagu melalui laman YouTube rasmi Indigital Music, pastinya tidak memadai buat peminat tegar Dayang.

Namun, Dayang berjanji itu bukanlah showcase dari rumah terakhirnya.

“Memang ramai peminat beritahu tak puas hati. Ini adalah permulaan dan cara Dayang untuk menghiburkan mereka sempena Hari Raya.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki atau peluang, kita akan buat dalam skala yang lebih besar lagi,”

– Dayang Nurfaizah

Dayang tidak dapat pulang beraya di Kuching, Sarawak berikutan penularan COVID-19.

Pada persembahan itu, Dayang mendendangkan lagu yang pernah bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah, Separuh Matiku Bercinta dan Lelaki Teragung.

Dayang turut mendendangkan sebuah lagu Hari Raya berjudul Dari Jauh Ku Pohon Maaf yang pernah dipopularkan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Selain sesi soal jawab dan tayangan visual mengimbau persembahan Dayang di AJL, penonton disajikan dengan temubual bersama beberapa pengamal media mengenai pandangan mereka terhadap Dayang.

Sumber: BH Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Wany Hasrita & Ibu Terima Naskah Al-Quran Daripada Raja Salman

Peniaga Makanan Dalam Talian Tak Jujur, Pak Nil Luah Rasa Kecewa